saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 14/05/2014

Suwaibah saksi warisan Empayar Rom, Uthmaniah

SUWAIBAH mengibarkan bendera Jalur Gemiliang ketika melakukan larian di sempadan Turkey .

KUALA LUMPUR 13 Mei - Pelari solo wanita negara, Suwaibah Md. Nasir yang dalam misi Larian Terusan Sutera-Merentasi Laluan Marco Polo Beijing-Venice (Larian Aroma) sempat melawat warisan Empayar Rom dan Uthmaniah ketika memasuki Plovdiv dan Starosel, Bulgaria semalam pada hari ke-44 larian tersebut.

Menurut pembantu peribadi Suwaibah, Li­la Ruzaini Hussain, dalam misi larian tersebut, Suwaibah mengunjungi Tombs Roman dan Tembok Roman yang merupakan warisan sejarah ke­dua-dua empayar tersebut.

“Selepas makan tengah hari di bandar Old City, kami menziarahi Masjid Cuma Camii iaitu satu-satunya masjid dalam bandar di Plovdiv yang dibina ketika Empayar Uthmaniah pada 1369 iaitu zaman pemerintah Sultan Murad 1," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Suwaibah melalui Sadovor iaitu sebuah pekan dengan landskap pemandangan cantik sebelum meneruskan larian ke Pazardzhik.

Suwaibah berlepas ke Beijing, China pada 29 Mac lalu untuk memulakan Larian Aroma sejauh 3,333 kilometer yang dijangka mengambil masa selama empat bulan dan melibatkan beberapa negara antaranya Kyrgyzstan, Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Turki, Bulgaria, Serbia, Croatia, Slovenia, Rusia dan Itali.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.