saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/05/2014

Pasangan panda dari China tiba esok

KUALA LUMPUR 19 Mei - Ketibaan pasangan panda gergasi dari China di sini Rabu ini adalah signifikan dalam konteks hubungan antara Malaysia dan China, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel.

Beliau berkata, ini kerana kedua-dua negara bakal merayakan sambutan ulang tahun ke-40 jalinan hubungan diplomatik mereka.

Palanivel dalam satu kenyataan berkata, pasangan panda gergasi diberi nama Fu Wa (panda jantan) dan Feng Yi (panda betina) itu dipinjamkan menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.

Pasangan panda itu akan dibawa daripada Chengdu, China dan dijangka tiba di Malaysia melalui Kompleks MASKargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Dari situ, pasangan panda tersebut akan terus dibawa ke Zoo Negara dan bakal dikuarantin selama lebih kurang sebulan di penempatannya yang telah siap dibina," katanya.

Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi antara Malaysia dan Republik Rakyat China itu telah ditandatangani pada 2012.

Melalui program itu, Palanivel berkata, Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi, selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.

“Pengalaman serta kepakaran ini boleh digunakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai usaha konservasi haiwan, selain menghargai keunikan dan kepentingan konservasi hidupan liar serta biodiversiti," katanya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.