saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/05/2014

PM umum nama baru pasangan beruang panda bulan depan

SEPANG 21 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan nama baharu bagi beruang panda gergasi dari China pada hari haiwan berkenaan dipertontonkan kepada umum akhir Jun ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel.

Beliau berkata, nama baharu pasangan panda itu sudah dibincangkan antara Najib dan Duta Besar China di Malaysia Dr. Huang Huikang.

``Beliau sendiri (Najib) akan mengumumkan nama itu ketika melawat Zoo Negara nanti,'' katanya kepada media selepas menyambut ketibaan pasangan panda itu di Kompleks MASKargo, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.

Pasangan panda gergasi dari China, Fengyi dan Fuwa, simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China, tiba di Malaysia kira-kira 7.53 pagi selepas diterbangkan melalui pesawat khas MASKargo Airbus 330-200 MH6462 dari Chengdu, China.

Kedua-dua haiwan yang masing-masing berusia tujuh tahun itu kemudian dibawa terus ke Zoo Negara dan akan dikuarantinkan kira-kira sebulan di tempat khas yang siap dibina.

Menjadi simbolik kepada sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik kedua-dua negara, pasangan panda itu dipinjamkan kerajaan China kepada Zoo Negara Malaysia bagi tempoh 10 tahun menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.

Melalui program perjanjian yang ditandatangani pada 2012 itu, Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi, selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.

Palanivel berkata, selain menjadi simbolik persahabatan antara China dan Malaysia, kedatangan pasangan panda itu juga dijangka mampu memberikan sokongan kepada Zoo Negara sekali gus mampu menarik lebih ramai pengunjung ke zoo berkenaan.

Mengenai kos, beliau berkata, setakat ini kerajaan membelanjakan kira-kira RM60 juta termasuk untuk pembinaan rumah untuk haiwan berkenaan yang berjumlah RM25 juta, RM20 juta untuk tempoh sewaan selama empat tahun dan RM15 juta untuk kos penyelenggaraan.

Sementara itu, Huikang berkata, beliau percaya pasangan beruang panda gergasi itu yang diberi sambutan hangat sebaik sahaja tiba di rumah kedua mereka di Malaysia, akan gembira sepanjang berada di sini untuk tempoh 10 tahun.

``Tiada kelewatan langsung,'' katanya ketika menjawab soalan wartawan berhubung ketibaan pasangan beruang panda itu ke Malaysia.

Beliau juga menjelaskan bahawa pasangan beruang panda gergasi - Fengyi dan Fuwa - simbol jalinan persahabatan Malaysia-China itu sepatutnya tiba sebelum hari ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China pada 31 Mei.

Sebagai tambahan, beliau berkata, banyak persiapan perlu dilakukan terutama dari segi aspek teknikal dan logistik sebelum ketibaan panda itu yang memerlukan persekitaran yang selesa. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.