saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 22/05/2014

Nama baharu panda akhir Jun

Beruang panda Feng Yi dalam sangkar sementara yang direka khas, panda kedua bernama Fu Wa (jantan) selamat tiba dari, Chengdu China yang diterbangkan khas oleh MASkargo dan tiba di KLIA, Sepang, Selangor, semalam.

SEPANG 21 Mei - Nama baharu bagi pasangan panda gergasi dari China yang kini dikenali sebagai Fu Wa (panda jantan) dan Feng Yi (panda betina) hanya akan diumum selepas spesies hampir pupus itu boleh dipamer hujung bulan depan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata, pengumuman itu akan dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas melawat pasangan panda itu di Zoo Negara.

Beliau berkata, buat masa ini terdapat beberapa nama sesuai disenarai pendek untuk pasangan panda yang menjadi simbol hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China itu.

"Sebelum dipertontonkan kepada pengunjung, Fu Wa dan Feng Yi akan dikuarantin selama 30 hari terlebih dahulu.

"Selepas itu, baru dibuka kepada pengunjung sebaik sahaja tempoh kuarantin yang dikenakan ke atas haiwan itu tamat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyambut ketibaan pasangan panda itu di Kompleks MASKargo di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.

Yang turut hadir Duta Besar China ke Malaysia, Dr. Huang Hui­kang.

Pasangan panda masing-masing berusia tujuh tahun itu diterbangkan dari pangkalan panda di Dujiangyan, Chengdu me­lalui penerbangan khas MH6462 dan disambut dengan pancuran air.

Kedua-dua panda itu dipinjamkan kerajaan China kepada Zoo Negara bagi tempoh 10 tahun menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.

Melalui program per­janjian yang ditandata­ngani pada 2012 itu, Malaysia berpeluang menjalankan penyeli­dikan konservasi panda gergasi, selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.

Sementara itu, Palanivel berkata, kehadiran pengunjung Zoo Negara dijangka meningkat kepada 1.3 juta orang apabila pasangan panda itu dipamerkan kepada orang ramai.

Beliau berkata, jumlah itu akan dapat dicapai apabila dijangka tambahan sebanyak 500,000 pengunjung untuk menyaksikan pasangan panda tersebut.

"Terdapat seramai 800,000 pengunjung melawat Zoo Negara pada setiap tahun dan kehadiran pengunjung yang dijangka semakin bertambah itu secara tidak langsung dapat menampung jumlah perbelanjaan sebanyak RM60 juta untuk pasangan panda tersebut," katanya.

Dalam masa yang sama beliau berkata, China telah menghantar sebanyak 24 ekor panda ke 12 negara sebagai simbol persahabatan namun ada di antara haiwan berkenaan te­lah mati.

"Malaysia menjadi negara ke-13 untuk menerima haiwan tersebut, yang paling hampir dengan kita adalah di Singapura dan Thailand.

"Oleh itu kita perlu menjaga dengan baik dengan menempatkan pasangan panda ini pada suhu yang sejuk dan perlu dikuarantin terlebih dahulu agar bebas daripada jangkitan kuman serta bakteria," katanya.

Ketika ditanya mengenai isu kelewatan pasangan panda yang sepatutnya tiba pada 16 April lalu Huikang berkata, perkara itu sepatutnya tidak perlu ditimbulkan oleh mana-mana pihak.

"Sebenarnya tiada kelewatan langsung dalam hal ini. Fu Wa dan Feng Yi sepatutnya tiba sebelum hari ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China pada 31 Mei ini.

"Banyak persiapan juga perlu dilakukan terutama dari segi aspek teknikal dan logistik sebelum ketibaan panda itu kerana mereka memerlukan persekitaran yang selesa," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.