saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 23/05/2014

PPAMPS siap Disember

Dr. Maxsimus Ongkili (dua dari kanan) diberi penerangan oleh Pengurus Projek, Manabu Onuki mengenai prosesan Stesen Pam Semantan semasa lawatan beliau di tapak projek penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor di Karak, Bentong, Pahang, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ

BENTONG 22 Mei - Pembinaan Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) bernilai RM3.93 bilion di Sungai Semantan akan siap sepenuhnya Di­sember ini dan mampu memproses sehingga 1.8 bilion liter air mentah untuk kegunaan harian.

Kejayaan projek Kerajaan Persekutuan itu akan mengurangkan masalah bekalan yang dihadapi rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan keupayaan menampung 35 peratus keperluan harian sehingga tahun 2025.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, bagi peringkat awal, sebanyak 500 juta liter air akan mula disalur kepada ketiga-tiga negeri dan wilayah itu bermula Ogos depan untuk menghadapi fenomena El Nino dan akan ditambah secara berperingkat-peringkat.

"Memang ada berlaku sedikit kelewatan tetapi itu disebabkan kontraktor yang telah dipilih untuk menguruskan hasil hutan masih belum siap namun saya yakin ia akan diselesaikan sepenuhnya nanti.

"Saya akan bertemu dengan kerajaan negeri Pahang selepas ini untuk menguruskan beberapa perkara terutama yang membabitkan tanah," katanya dalam sidang akhbar di stesen pam PPAMPS, Karak di sini hari ini.

Terdahulu, Maximus yang melawat tapak projek itu meluangkan masa hampir dua jam meninjau, meneliti dan mendengar penera­ngan daripada kontraktor terlibat mengenai perkembangan projek berkenaan yang mula dibangunkan sejak 1 Jun 2009.

PPAMPS yang dibangunkan oleh kontraktor dari Jepun membabitkan empat pakej iaitu terowong penyaluran air mentah, Empangan Kelau, muka sauk dan Stesen Pam Semantan serta sistem perpaipan berkembar.

Menurut Maximus, perbelanjaan paling besar melibatkan RM1.32 bi­lion iaitu pembinaan terowong sepanjang 44.6 kilometer yang telah siap sepenuhnya merentasi Banjaran Titiwangsa bermula dari Karak ke Hulu Langat, Selangor.

"Empangan Kelau yang mempu­nyai ketinggian 30 meter memerlukan perbelanjaan RM183.8 juta manakala muka sauk dan stesen pam yang mampu mengepam 2.4 bilion liter sehari siap pada Mei tahun lalu dengan kos RM317.6 juta.

"Pembinaan paip berkembar bersaiz tiga meter dengan panjang 11.9 kilometer memerlukan perbelanjaan RM268.53 juta. Dari stesen pam, air akan dipam melaluinya sebelum di­salur ke Hulu Langat," kata Maximus.

Beliau berkata, projek berimpak tinggi itu telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi menyelesaikan masalah air yang melanda beberapa kawasan di ketiga-tiga negeri terlibat.

Melalui perjanjian yang dimeterai, Malaysia menanggung sebanyak RM1.127 bilion kos melalui geran Kerajaan Persekutuan manakala baki perbelanjaan iaitu RM2.774 bi­lion ditanggung oleh Japan International Cooperation Agency (JICA).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.