saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/05/2014

Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat

TELUK INTAN 25 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini merasmikan projek infrastruktur mega untuk kemudahan rakyat iaitu pembinaan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat sepanjang 233 kilometer dari Banting, Selangor ke Taiping yang akan merancakkan lagi pembangunan kawasan sekitar jajarannya, termasuk di Teluk Intan.

Beliau yang merasmikan majlis pecah tanah projek berkenaan berkata, pembinaan lebuh raya yang memakan masa lima tahun itu membuktikan keprihatinan kerajaan dalam mengatasi masalah rakyat yang berdepan kepadatan trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) terutama pada musim cuti atau perayaan.

Katanya, apa yang lebih penting lebuh raya empat lorong dua hala itu akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi terutamanya bandar-bandar yang terlibat kerana sistem lebuh rayanya yang efisien dan memendekkan jarak perjalanan.

“Pembinaan projek ini membuktikan slogan 'Janji Ditepati" oleh kerajaan, kita bukan sekadar omongan kosong tetapi perkara yang te­lah kita janjikan, akan kita kotakan.

“Saya berharap tidak ada pihak yang akan mengelirukan rakyat bahawa Teluk Intan akan 'tenggelam' atau menjadi 'bandar hantu' akibat daripada pembinaan lebuh raya ini.

“Ini kerana kita telah membuat kajian mendalam dan perancangan teliti supaya bandar-bandar sedia ada di jajaran lebuh raya ini turut mendapat manfaat daripada pembinaan laluan baharu ini.

“Sebaliknya, dengan jalan susur yang dinaik taraf ke lebuh raya ini akan menjadi penghubung untuk pengguna yang akan merancakkan pembangunan di Teluk Intan," katanya pada majlis pecah tanah projek pembinaan lebuh raya ber­kenaan di Jambatan Teluk Intan-Sitiawan di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof dan Timbalannya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirin, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Ketua pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Md. Salleh serta calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong.

Menurut Muhyiddin, dianggarkan lebih 22,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan untuk kerja-kerja pembinaan lebuh raya itu, manakala antara 2,000 hingga 3,000 tenaga kerja kekal apabila laluan berkenaan siap kelak.

“Projek ini akan memberikan limpahan pembangunan kepada penduduk sekitarnya dan nilai hartanah di sepanjang jajaran lebuh raya itu juga akan naik mendadak.

“Kita akan memastikan setiap fasa pembinaannya mengambil kira tiada pekan sedia wujud yang akan menjadi pekan hantu seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak," ujar beliau.

Sementara itu, Fadillah berkata, projek pembinaan lebuh raya itu akan bermula serta-merta dengan Perak mendahului dari segi perlaksaan kerana semua kajian mengenai jajaran pembinaannya, reka bentuk dan proses mengambil alih tanah sudah selesai sepenuhnya.

“Untuk fasa pembinaan di Selangor, kita belum lagi memuktamadkan jajarannya dan masih ada maklum balas daripada rakyat yang kita kena lihat semula," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.