saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/05/2014

Mangsa dirempuh kereta penjenayah selepas rompak van rokok

Motosikal dinaiki mangsa terjatuh ke dalam parit selepas dirempuh sebuah kereta dinaiki sekumpulan penyamun.

TELUK INTAN 26 Mei -Seorang anggota polis yang bakal melangsungkan perkahwinan Ahad ini maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dinaiki sekumpulan penyamun dalam kejadian di Batu 10 menghala ke Alor Pongsu di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa, Lans Koperal Mohd. Azuan Abdullah, 25, dari Unit Ronda Bermotosikal (URB) Balai Polis Kuala Kurau meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah akibat tercampak daripada motosikal yang ditunggangnya.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mangsa yang berasal dari Kulai, Johor dilanggar oleh salah satu daripada dua kereta dinaiki penjenayah terbabit yang melarikan diri setelah merompak sebuah van rokok.

"Mangsa dirempuh dari arah belakang oleh satu dari dua kereta yang dinaiki penjenayah ketika anggota berkenaan cuba mengejar mereka.

"Akibat rempuhan kuat, mangsa tercampak dari motosikalnya dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kereta yang dinaiki suspek adalah jenis Toyota Wish berwarna perak bernombor pendaftaran WRV 5308 dan sebuah lagi kereta jenis Honda," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid.

Jenazah Allahyarham Mohd. Azuan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya untuk dikebumikan di Kulai.

Allahyarham bakal melangsungkan majlis perkahwinan dengan pasangannya, Nur Faizah Muhammad Rejab di Kampung Paip, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar.

Menurut Acryl, kumpulan penjenayah terbabit melarikan diri setelah menyamun bersenjatakan parang sebuah van rokok di Parit Buntar.

Katanya, setakat ini polis belum dapat mengenalpasti suspek dan usaha sedang giat dijalankan untuk menjejaki kumpulan berkenaan.

"Daripada senario kejadian itu, kita percaya suspek agresif dan bahaya, mereka tidak teragak-agak menggunakan apa sahaja cara untuk melepaskan diri daripada ditahan polis.

"Polis menyeru orang ramai supaya bekerjasama jika ada maklumat mengenai kes ini untuk kita memberkas kumpulan penjenayah ini," katanya.

Sementara itu, kenderaan yang dipercayai merempuh mati anggota polis berkenaan ditemui telah dibakar di kawasan Ara Kuda, Tasik Gelugor, petang ini.

Menurut sumber, kereta itu ditemui oleh orang ramai di kawasan belukar kira-kira 200 meter dari jalan raya pada pukul 5.30 petang.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor bergegas ke tempat kejadian setelah dihubungi bagi memadamkan kebakaran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zuhur 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.