saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/05/2014

Bekas Pengarah Urusan Utusan Melayu meninggal dunia

H.M. Shah

KUALA LUMPUR 26 Mei - Bekas Pengarah Urusan pertama syarikat akhbar Utusan Melayu, Tan Sri H.M. Shah meninggal dunia di Guangzhao, China petang ini.

Allahyarham yang nama sebenarnya Habib Mohammed Shah berusia 93 tahun menghembuskan nafas terakhir di samping isterinya, Puan Sri Viera Serina Shah, 68, dan anaknya pada pukul 2 petang.

Menurut adik Allahyarham, Mohamad Kasim Abdul, 69, abangnya itu ke China bagi mendapatkan rawatan susulan penyakit barah yang dihidapinya sejak beberapa bulan lalu.

"Saya dihubungi kakak ipar yang mengatakan abang saya itu telah meninggal dunia pada pukul 2 petang tadi di Guangzhao. Berita itu mengejutkan kami semua.

"Sebelum ini saya difahamkan, arwah ditemani isteri serta anak ke China untuk berubat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya tentang pengebumian Allahyarham, Mohamad Kasim memberitahu, jenazah abangnya itu akan tiba seawal Jumaat ini setelah semua urusan di negara berkenaan selesai.

Katanya, jenazah berkenaan akan dibawa balik ke Shah Alam, Selangor sebelum disemadikan di Kampung Baru, di sini.

Utusan Malaysia difahamkan, Allahyarham meninggalkan seorang balu, lapan orang anak dan 15 orang cucu.

Allahyarham merupakan seorang usahawan berjaya dan memiliki beberapa perniagaan antaranya Hotel Shah dan Shah Tower di Petaling Jaya serta Shah Village and Resort di Tanjung Keling, Melaka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.