saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/05/2014

Beri projek secara bidaan terbuka

PUTRAJAYA 27 Mei - Kesatuan dan Persatuan Sekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mewakili 34,900 pekerjanya mahu penganugerahan projek penjanaan dibuat secara bidaan terbuka bagi membolehkan rakyat menikmati kadar tarif elektrik yang rendah.

Yang Dipertua Persatuan Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (PETNB), Abdul Shukor Hassan berkata, bidaan secara terbuka itu membolehkan penjana tenaga bebas (IPP) menawarkan harga pembelian yang lebih murah berbanding rundingan secara terus.

Beliau berkata, rakyat seterus­nya akan mendapat manfaat kerana tidak terbeban dengan kos penjanaan yang tinggi sekiranya sesuatu projek itu diserahkan secara terus kepada mana-mana IPP.

"Penganugerahan projek secara terbuka juga membolehkan IPP yang ada bersaing secara sihat antara satu sama lain untuk membekalkan tenaga elektrik.

"Secara tidak langsung membo­lehkan proses bidaan berlangsung secara telus tanpa ada sebarang maklumat tersembunyi berbanding rundingan secara terus," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Suruhanjaya Tenaga, Datuk Abdul Razak Abdul Majid di sini hari ini.

Pertemuan hampir dua jam itu dihadiri oleh 16 wakil daripada PETNB, Kesatuan Percantuman Pekerja-pekerja TNB (KPPPTNB) dan Ke­satuan Pegawai-pegawai Rendah TNB (KPPRTNB) .

Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata, penganugerahan rundingan secara terus perjanjian pembelian kuasa (PPA) antara TNB pada kese­luruhan IPP generasi pertama hanya akan meningkatkan kos operasi.

"Bayangkan jumlah bayaran sudah dibuat selama ini kepada keseluruhan IPP generasi pertama yang diberi secara rundingan terus.

"Kadang-kadang jelas kelihatan isu membabitkan sesetengah IPP sebelum ini adalah berat sebelah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.