saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/05/2014

Dua nombor akaun untuk bantu lima beradik yatim piatu

KUALA LUMPUR 28 Mei - Ibu saudara kepada lima beradik yatim piatu selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa mereka dalam nahas di Cheras, Jumaat lalu, memaklumkan orang ramai boleh menghulurkan sumbangan kepada dua akaun bank yang sah.

Zainah Mohd. Zain, 44, berkata, dua akaun bank tersebut adalah Bank RHB iaitu 16454400003709 di atas nama Fatin Adlina Jefri, iaitu anak kedua pasangan itu, manakala Maybank (113401042467) atas nama Zainah.

Beliau sehubungan itu meminta mana-mana pihak supaya menghentikan penyebaran akaun bank palsu melalui laman-laman sosial yang tersebar sejak tiga hari lalu.

"Diharap kepada orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada anak-anak pasangan ini supaya jangan mudah terpedaya dengan pihak yang melakukan penipuan dengan meminta derma untuk lima beradik sebaliknya boleh menghubungi kami di talian 019-6065911 untuk sebarang pengesahan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Taman Desa Cheras di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi, Jumaat lalu, pasangan Jefri Mohd. Zain, 46, dan isterinya Noorsalawati Ibrahim, 40, terbunuh ketika dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki motosikal setelah digilis sebuah lori dalam kejadian langgar lari berhampiran susur ke Cheras di Jalan Loke Yew.

Pasangan itu meninggalkan lima anak iaitu Mohd. Haikal, 16; Fatin Adlina, 14; Mohd. Aidil, 10; Norsyamini, 4; dan Nor Auni Safia, 3.

Kata Zainah lagi, pelbagai bantuan telah diterima oleh lima beradik itu daripada kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selain individu perseorangan.

"Terima kasih kepada semua pihak yang memberi bantuan dan sumbangan tetapi apa yang saya kesal apabila keluarga kami difitnah akan menghantar lima beradik itu ke rumah anak yatim dan mengambil semua duit sumbangan.

"Kami dah berbincang dengan kedua-dua belah keluarga pasangan ini, walau apa pun terjadi kami tidak akan pisahkan mereka, kami adik-beradik boleh jaga mereka kerana lima beradik ini adalah darah daging kami," ujarnya.

Seorang lagi ibu saudara lima beradik itu, Juenaida Mohd. Zain, 42, memberitahu kelima-lima beradik berkenaan dikatakan masih terkejut dan sukar untuk menerima hakikat bahawa ibu bapa mereka kini sudah tiada.

"Mereka masih trauma dan letih sejak pulang ke sini (Kuala Lumpur). Ini berikutan ramai yang datang berjumpa mereka untuk menghulurkan bantuan. Jadi kami memerlukan sedikit ruang untuk mereka berehat," katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin berjumpa atau menghulur bantuan kepada lima beradik ini secara langsung boleh berbuat demikian dengan hadir ke Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai malam esok kerana satu majlis tahlil buat pasangan tersebut diadakan bersama ahli keluarganya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.