saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/06/2014

Alat pengesan DNA babi di MCE 2014

ABD. Syukor Othman menunjukkan perbezaan keputusan ujian dua contoh makanan dengan menggunakan produk ‘Pork Rapid Test’ bagi mengesan kandungan babi dalam makanan di gerai sempena Ekspo Pengguna (MCE) 2014 di Menara Matrade Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

KUALA LUMPUR 31 Mei - Umat Islam di negara ini kini tidak perlu bimbang mengenai status halal produk makanan, minuman dan kegunaan harian yang terdapat di pasaran kerana mereka boleh menggunakan alat yang mampu mengesan DNA babi pada barangan tersebut.

Produk ‘Rapid Pork Food Test’ edaran Iftitah Solutions (M) Sdn. Bhd. (Iftitah Solutions) itu merupakan inovasi dari Rusia, pertama kali dipasarkan di negara ini untuk membantu pengguna mengenal pasti kewujudan DNA haiwan itu dengan mudah dan cepat.

Pengurus Iftitah Solutions, Abd. Syukor Othman, 39, berkata, produk tersebut me­rupakan kaedah terbaik setanding dengan pelaksanaan ujian di makmal.

“Konsep penggunaannya sama seperti alat ujian kehamilan. Pengguna berupaya mengenal pasti kehadiran DNA babi pada makanan dan minuman dengan cepat tanpa melibatkan kos yang tinggi berbanding ujian di makmal.

“Bentuknya yang kecil dan mudah menjadikan ia sesuai di bawa ke mana sahaja dan digunakan semua peringkat umur," katanya ketika ditemui pemberita di Ekspo Pengguna (MCE) 2014 di Menara Matrade Jalan Duta, di sini hari ini.

Ekspo anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan kerjasama program Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS6): Kad Diskaun 1Malaysia (1MDC) itu dibuka kepada orang ramai bermula hari ini sehingga 8 Jun depan.

Turut mencuri perhatian adalah produk penjagaan tubuh berasaskan gaharu yang diusahakan syarikat baharu, Diamond Density Sdn. Bhd.

Eksekutif Pembangunan Perniagaan syarikat itu, Ratinah Rahmat, 39, berkata, losen bio-heat, pembersih peribadi wanita Serigaharu dan pewangi Gaharu adalah tiga produk berasaskan kayu gaharu yang baru dua bulan dipasarkan.

“Kesemua produk kami adalah 100 pe­ratus asli dan tidak menggunakan bahan kimia. Oleh itu ia sesuai digunakan semua golongan terutama kepada mereka yang mempunyai alahan terhadap bahan kimia.

“Pembersih wanita Serigaharu adalah yang pertama di pasaran di mana berasaskan kayu gaharu. Selain memiliki haruman yang tidak berlebihan, produk ini sesuai diaplikasikan kepada semua jenis kulit," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:14
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.