saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/06/2014

IATA akan timbang lebih 30 pilihan teknologi kesan pesawat

DOHA 3 Jun - Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) akan menimbang lebih 30 pilihan teknologi untuk mengesan semua pesawat dalam penerbangan susulan tragedi kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia Airlines 370 (MH370), kata Naib Presiden Kanannya Kevin Hiatt.

Beliau berkata persatuan itu mempunyai beberapa penyelesaian sedia ada dan telah menubuhkan pasukan petugas khas untuk mengusulkan cadangan pilihan penyelesaian mengesan pesawat.

Ahli Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengesyorkan cadangan yang termasuk menggalakkan syarikat penerbangan menggunakan peralatan serta prosedur sedia ada bagi memaksimumkan seboleh mungkin sokongan pengesanan pesawat.

"Banyak pilihan dijangka disyorkan. Bagaimanapun pilihan-pilihan itu tidak dijangka menjadi "satu pilihan yang boleh menyelesaikan semua perkara"," katanya kepada pemberita semasa mesyuarat agung IATA di sini, hari ini.

Draf laporan dijangka dikemukakan kepada ICAO pada September dengan lembaga pengarah kumpulan syarikat penerbangan itu akan menimbang langkah-langkah tersebut pada Disember.

Dilaporkan sebelum ini bahawa pakar penerbangan hanya menumpukan kepada mengesan pesawat dan bukan kepada penstriman data penerbangan dalam pesawat.

Menurut Hiatt, ICAO telah menanyakan kepada wakil industri pilihan yang mereka mahu usulkan.

"Kami mempunyai lebih 30 vendor yang layak yang akan menilai perkara ini," katanya sambil menambah kumpulan itu akan mengkaji pilihan-pilihan tersebut pada bulan-bulan akan datang.

Menurut laporan IATA, terdapat 0.34 kemalangan bagi setiap juta penerbangan dalam tempoh empat bulan 2014 berbanding 0.32 dalam tempoh lima tahun sebelumnya

Mengenai kadar awal bagi industri secara keseluruhannya (tidak termasuk syarikat penerbangan bukan-IATA), beliau berkata 0.29 kemalangan bagi setiap juta penerbangan pada Januari-April dilaporkan berbanding 0.48 dalam tempoh lima tahun sebelumnya.

Industri mencatatkan tiga kemalangan antara Januari dan April, termasuk kehilangan misteri pesawat MH370.

"Pemegang kepentingan penerbangan bersatu hati dalam hasrat mereka untuk memastikan kita tidak akan berdepan lagi dengan situasi yang sama di mana sebuah pesawat boleh hilang begitu sahaja," kata Hiatt.

Penerbangan MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 penumpang.

Usaha pencarian meluas di Lautan Hindi setakat ini masih belum dapat mengesan kedudukan pesawat itu. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.