saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/06/2014

Jajaran Lebuh Raya Persisir Pantai Barat dinilai semula

KUALA LUMPUR 10 Jun - Kerajaan akan menilai semula jajaran projek Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dari Banting, Selangor ke Taiping sejauh 233 kilometer bagi mengatasi kesesakan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dalam jangka masa panjang.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, pembinaan jajaran tersebut melibatkan Sabak Bernam, Tanjung Karang dan Sungai Besar memandangkan ketiga-tiga kawasan berkenaan merupakan pekan dan bandar yang mempunyai kepentingan ekonomi.

Katanya, usaha itu bukan sahaja bakal merancakkan pembangunan kawasan sekitar, malah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi terutamanya bandar-bandar terlibat kerana sistem lebuh raya yang efisien dan jarak perjalanan lebih dekat.

"Semalam Majlis Ekonomi Negara memutuskan beberapa isu berkaitan kedudukan jajaran yang melibatkan Sabak Bernam, Tanjung Karang dan Sungai Besar. Buat masa ini ahli jawatankuasa yang dilantik akan melihat semula pelan lukisan bagi mengenal pasti adakah laluan jajaran tersebut akan memberi impak kepada ekonomi negara dan penduduk setempat termasuk di Teluk Intan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pameran Mekanikal dan Kejuruteraan 2014 di sini hari ini.

Lebuh raya yang menelan kos RM5.4 bilion itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 25 Mei lalu bagi mengatasi masalah rakyat yang berdepan kepadatan trafik PLUS terutama pada musim cuti atau perayaan.

Fadillah berkata, projek mega berkenaan bukan sahaja memberi pilihan laluan alternatif terbaik kepada rakyat, malah selepas pembukaannya pada 2017 turut memudahkan peniaga di kawasan terbabit untuk memasarkan produk mereka.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan akan menilai semula dari sudut kemampuan kewangan dan ekonomi negara sebelum mempertimbangkan pemansuhan kutipan tol di Sungai Rasau dan Tol Batu Tiga di Lebuh Raya Persekutuan.

Jelasnya, kerajaan perlu menimbang pelbagai faktor termasuk implikasi kewangan jika ingin memansuhkan kutipan di kedua-dua tol di Shah Alam tersebut memandangkan perjanjian dengan syarikat pemegang konsesi telah ditandatangani.

"Kerajaan telah menerima memorandum daripada UMNO Selangor berkaitan permohonan memansuhka tol itu dan kita sentiasa mendengar rintihan dan suara rakyat tetapi pada masa sama permohonan tersebut perlu dinilai bukan sahaja berpandukan kewangan negara sebaliknya keseluruhan ekonomi. Jadi kerajaan akan membuat pertimbangan sewajarnya.

"Kita tidak mahu mengambil sebarang keputusan yang boleh menjejaskan ekonomi, kewangan dan keseluruhan negara. Kita perlu ada pertimbangan antara kehendak dengan kehendak negara yang perlu diimbangi dengan kemampuan negara," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu Kementerian Kewangan sedang mengkaji semula pemberian rebat kad Touch n' Go dalam usaha untuk membantu menangani masalah kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Jelasnya, pemberian rebat dilihat sebagai bukan cara terbaik ekoran kebanyakan mereka yang menebus rebat berkenaan terdiri daripada golongan yang berkemampuan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.