saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/06/2014

Dr. Zulkifli mufti baharu WP

KUALA LUMPUR 19 Jun - Pendakwah bebas yang juga kolumnis Meja Agama Utusan Malaysia, Dr. Zulkifli Mohamad Albakri (gambar), 45, dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa esok.

Beliau yang berasal dari Kemaman, Terengganu, menggantikan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang tamat tempoh perkhidmatan pada 20 Mac lalu selepas berkhidmat selama sembilan tahun.

Dr. Zulkifli berkelulusan ijazah doktor falsafah dalam bidang pengkhususan pengeluaran fatwa dari Universiti Sains Malaysia (USM) adalah Mufti Wilayah Persekutuan yang ketujuh.

Selain itu, beliau adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan ijazah Sarjana Syariah dari Universiti Ilmu-ilmu Islam dan Arab, Syria.

Beliau juga pernah bertugas sebagai pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selain aktif menulis dan bergiat sebagai pendakwah bebas.

Dalam masa yang sama beliau berpengalaman sebagai Pakar Rujuk Syariah, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Panel Penasihat Ibadat Haji, Lembaga Tabung Haji.

Beliau juga ialah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu selain terlibat sebagai penasihat syariah dalam beberapa institusi kewangan. Kini beliau banyak menulis dan menyampaikan kuliah dan ceramah sama ada di televisyen mahupun di seluruh tanah air.

Difahamkan tugas rasmi pertama beliau sebagai mufti adalah melihat anak bulan Ramadan pada 27 Jun ini bagi menentukan tarikh permulaan puasa bagi tahun ini.

Atas sumbangan dan ketokohan dalam ilmu Islam, beliau dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1435H/2014 peringkat negeri Terengganu dan Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1433H/2012M.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.