saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/06/2014

17 sekolah lagi dipilih Sekolah Amanah Yayasan AMIR

KUCHING 20 Jun - Sebanyak 17 buah sekolah terdiri daripada sekolah berprestasi tinggi, sederhana dan lemah dengan pelbagai latar belakang sosioekonomi dipilih sebagai Sekolah Amanah Yayasan AMIR pada tahun ini.

Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pemilihan sekolah berkenaan menjadikan jumlah sekolah amanah di seluruh negara kini sebanyak 30 buah.

Katanya, Yayasan AMIR yang ditubuhkan di bawah Khazanah pada 2011 menerusi perkongsian awam dan swasta dengan Kementerian Pendidikan bertujuan memacu peningkatan kualiti serta hasil pendidikan sekolah-sekolah di negara ini.

"Selain itu, Yayasan AMIR juga menerapkan konsep modal insan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) iaitu memastikan murid-murid dan para pelajar dari sekolah amanah mempunyai kebolehan dalam semua bidang, berwibawa dan berintegriti tinggi.

"Kerajaan percaya melalui pendidikan berkualiti akan memastikan pendidikan negara terus relevan dengan kehendak pasaran, selain membolehkan rakyat berdepan dengan cabaran serta suasana persaingan antarabangsa yang kian meningkat," katanya berucap merasmikan Persidangan Sekolah Amanah Ketiga 2014 di sini semalam.

Sekolah amanah memberi kebebasan autonomi kepada guru besar dan pengetua sekolah memainkan peranan tersendiri dalam membawa perubahan di sekolah masing-masing.

Di Sarawak, antara sekolah kluster dipilih sebagai sekolah amanah adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Combined, SK Empila, SK Tabuan, Sekolah Menengah Sains Kuching dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Setia (kini dikenali sebagai SMK Bandar Kuching 2).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.