saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 23/06/2014

Perkasa bidas Majlis Peguam, MKPN

KUALA LUMPUR 22 Jun - Langkah Majlis Peguam dan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang bertindak seperti 'kerajaan' dengan merangka tiga rang undang-undang bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 merupakan ancaman kritikal kepada umat Islam dan orang Melayu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, rang undang-undang tersebut jika diterima kerajaan bakal mendedahkan agama Islam dan bangsa Melayu terhadap serangan tanpa kawalan sehingga dibimbangi meletuskan api persengketaan.

Katanya, hal demikian kerana Rang Undang-undang Jenayah Kebencian Kaum dan Agama, Rang Undang-undang Harmoni dan Rekonsiliasi serta Rang Undang-undang Suruhanjaya Harmoni dan Rekonsiliasi bertentangan dengan asas-asas yang dipersetujui dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu, pemimpin politik serta individu perseorangan bangkit atas dasar kepentingan agama dan bangsa bagi menentang usaha Majlis Peguam dan MKPN sebelum 'nasi menjadi bubur'.

"Majlis Peguam dan MKPN ini cuba bertindak sebagai kerajaan dalam kerajaan. Ini sangat berbahaya terutama terhadap kesucian Islam dan kelangsungan Melayu kerana saya difahamkan, ia bertujuan menghapuskan dasar berasaskan agama, bangsa dan keturunan.

"Sekarang, kita masih boleh bangkitkan soal kontrak sosial jika timbul cubaan mengganggu-gugat kepentingan Melayu dan Islam yang sedia terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi jika diluluskan, kontrak sosial mungkin sudah tidak relevan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis taklimat kepada setiausaha-setiausaha Perkasa kawasan parlimen seluruh negara di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ibrahim berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengambil kira pandangan dan kebimbangan orang Melayu sebelum menghapuskan Akta Hasutan agar 'tragedi' Akta Dalam Negeri (ISA) tidak berulang.

Dalam perkembangan berasingan, beliau mencabar seluruh kepimpinan Pas agar bersama dengan Perkasa untuk berhimpun di Istana Kayangan, Shah Alam pada pukul 10.30 pagi esok sebagai sokongan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Katanya, kegagalan Pas untuk berbuat demikian bakal membuktikan bahawa parti itu bersetuju dengan tindakan empat wakil rakyatnya diketuai Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang mendesak kuasa MAIS dan JAIS dalam menjaga kedaulatan Islam dikurangkan.

"Desakan yang diketuai Khalid ini bukan sahaja sejarah paling memalukan Pas kerana di saat parti itu sepatutnya mempertahan institusi Islam, pemimpinnya pula mahu 'membunuh' MAIS serta JAIS dan saya cabar Pas buktikan pendirian mereka," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.