saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 05/07/2014

Sokong hantar semula Rizalman ke New Zealand

BATU PAHAT 4 Julai - Kementerian Pertahanan menyokong langkah Kementerian Luar menghantar semula Pegawai Waran II, Muhammad Rizalman Ismail ke New Zealand bagi membantu siasatan dakwaan kes pecah rumah dan gangguan seksual membabitkan pegawai itu.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu penting bagi menjaga imej negara selain membuktikan kerajaan tidak menyembunyikan sesuatu seperti didakwa sesetengah pihak.

Menurutnya, siasatan menyeluruh perlu dilakukan untuk memberi keadilan bukan sahaja kepada pihak yang menuduh bahkan kepada tertuduh.

"Kita perlu berlaku adil dalam hal ini dan siapa yang bersalah perlu bersedia menerima hukuman. Hukuman tidak mengira latar belakang dan pangkat seseorang itu.

"Kerajaan bersikap telus dalam perkara ini dan tidak menyembunyikan sebarang maklumat seperti yang didakwa sesetengah pihak termasuk pemimpin tertinggi pembangkang," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa anjuran UMNO Batu Pahat, Parit Sulong, Sri Gading dan Ayer Hitam, di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong memberitahu, keadilan harus dilaksanakan dan diketahui umum bagi menjaga imej negara bukan sahaja di mata rakyat tempatan, malah di peringkat antarabangsa.

Baru-baru ini, media melaporkan seorang diplomat negara ini ditahan atas kesalahan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat merogol seorang wanita tempatan berusia 21 tahun.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, pihaknya telah menubuhkan lembaga siasatan berhubung kemalangan membabitkan sebuah kereta perisai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terbabas di Kilometer 232 Lebuhraya Utara -Selatan arah selatan sehingga mengorbankan dua anggota tentera, semalam.

Katanya, siasatan awal pihaknya mendapati punca kejadian itu ialah kerosakan teknikal dan kecuaian manusia.

"Siasatan secara menyeluruh perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian kerana hal itu membabitkan urusan pembelian aset dan pengurusan latihan ketenteraan pada masa depan," jelasnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa, Sarjan Bayong Burma maut di tempat kejadian manakala Koperal Che Mohd. Patanah Che Ismail, 31, menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kangsar.

Dua lagi rakan mereka, Koperal Sharifuddin Abdullah, 36, dan Lans Koperak Freaddy Barlabas, 29, pula mengalami kecederaan parah.

Habis

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.