saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/07/2014

15 ahli baharu MKPTN dilantik

Muhyiddin Yassin berbual dengan Hafsah Hashim (duduk, tiga dari kiri) sementara menunggu untuk bergambar bersama Ahli Majlis Keusahawanan Pengajian Tinggi Nasional (MKPTN) selepas mempengerusikan mesyuarat majlis itu di Putrajaya, semalam. Turut hadir, Idris Jusoh (duduk, empat dari kiri). - UTUSAN/RASHID MAHFOF

PUTRAJAYA 8 Julai - Sebanyak 15 orang tokoh korporat dan pegawai kanan kerajaan dilantik menganggotai Majlis Keusahawanan Pengajian Tinggi Nasional (MKPTN) untuk tempoh tiga tahun bermula hari ini.

Penyerahan watikah pelantikan itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat pertama majlis tersebut bagi tahun ini di Kementerian Pendidikan di sini.

Beliau berkata, pelantikan ahli baharu itu diharap dapat meneruskan lagi kejayaan pencapaian program pembangunan keusahawanan di institusi pengajian tinggi (IPT) dengan menyumbang idea dan buah fikiran.

Menurutnya, ahli-ahli baharu itu juga diharap dapat berperanan aktif memberi input bagi membangunkan dasar berkaitan pembangunan keusahawanan di samping membantu MKPTN mencapai objektifnya.

"Majlis ini merupakan platform terbaik untuk kita terus menyediakan ekosistem terbaik bagi pelajar IPT mengorak langkah menjadi seorang graduan berminda keusahawanan dan seterusnya menjadi usahawan.

"Kita juga perlu meningkatkan kerjasama dan penglibatan industri dengan IPT untuk melaksanakan program berstruktur berteraskan keusahawanan bagi memperkasakan program sangkutan IPT," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Tokoh yang dilantik menganggotai majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang; Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation, Datuk Hafsah Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), Datuk Norhalim Yunus; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Bhd., Dzulkifli Fadzilah; Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad dan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nik Ali Mat Yunus.

Turut dilantik, Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank, Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus; Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd., Datuk Ameer Ali Mydin; Pengasas Nelson Francais (M) Sdn. Bhd., Datuk Nelson Kwok Teng Toong; Pengarah Urusan Les' Copaque Production Sdn. Bhd., Burhanuddin Md. Radzi dan Pengarah Urusan al-Ikhsan Sport Sdn. Bhd., Ali Hassan Mohd. Hassan.

Pengarah Urusan DC&A Group Sdn. Bhd., Datuk David Chua; Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Datuk Seri Husni Salleh; Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia, Nor Sharizal Mashahrin dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia, Cheryl Yeoh.

Majlis tersebut yang ditubuhkan pada 15 Mac 2011 bertujuan membantu kementerian itu meningkatkan usaha memantapkan pelaksanaan inisiatif di bawah Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT dan Pelan Strategik Keusahawanan IPT.

Antara fungsinya adalah sebagai penggerak kepada perubahan jangka panjang budaya keusahawanan di IPT dan menjadi jambatan penghubung antara IPT dengan kerajaan, usahawan, industri dan alumni.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.