saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/07/2014

Politeknik tawar tiga kursus baharu

PUTRAJAYA 9 Julai - Jabatan Pengajian Politeknik akan mewujudkan tiga kursus baharu iaitu pengurusan perhotelan, pelancongan dan seni kulinari bermula hujung tahun ini dan pertengahan tahun depan.

Pengarah Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kurikulumnya, Zulkeply Abdul Samad berkata, tiga kursus baharu itu akan dilaksanakan di Politeknik Merlimau, Melaka dan Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bahru.

Beliau berkata, penambahan program baharu itu bertujuan menampung keperluan industri yang semakin meningkat dalam bidang tersebut.

"Semua program baharu itu akan dilaksanakan pada peringkat diploma iaitu seni kulinari dan pengurusan hotel di Politeknik Merlimau manakala program pengembaraan dan pelancongan di Politeknik Ibrahim Sultan.

"Sesi pengambilan pelajar untuk program seni kulinari serta pengembaraan dan pelancongan akan bermula Jun tahun hadapan manakala pengurusan hotel bermula hujung tahun ini," katanya dalam sidang akhbar berhubung inisiatif yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti di Kementerian Pendidikan di sini hari ini.

Menurut Zulkeply, setiap program baharu yang ditawarkan itu akan mengambil 40 pelajar pada setiap semester dengan tempoh tiga tahun untuk menamatkan pengajian.

Dalam pada itu, beliau berkata, program yang ditawarkan di Politeknik Merlimau mendapat kerjasama kerajaan negeri Melaka bagi mempromosikan produk pelancongan di negeri tersebut.

Mengulas lanjut, Zulkeply berkata pada bulan Mei lalu, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor; Politeknik Ibrahim Sultan dan Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak berjaya mendapat sijil Suruhanjaya Pensijilan dan Akreditasi Asia Pasifik (APACC).

Beliau berkata, menerusi pengiktirafan tersebut, lulusan politeknik dalam bidang pelancongan dan hospitaliti boleh memohon pekerjaan di 13 negara rantau Asia Pasifik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.