saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/07/2014

Ukraine, Rusia tuduh-menuduh

KIEV, Ukraine 18 Julai - Ukraine menuduh Rusia dan kumpulan pemberontak pro-Rusia di negara ini terbabit dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh di timur negara ini ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Ketua keselamatan Ukraine, Valentyn Nalivaychenko berkata, dakwaan tersebut dikemukakan berdasarkan perbualan telefon antara dua pegawai risikan Rusia yang berjaya dipintas oleh pihaknya.

“Kini anda tahu siapa yang melakukan jenayah ini (tembak pesawat MH17). Kami akan melakukan segala yang perlu untuk memastikan tentera Rusia yang melakukan jenayah ini dihukum,’’ katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, tentera negara ini tidak terlibat dalam kejadian tersebut.

“Kami tidak menolak kemungkinan pesawat itu, ditembak jatuh dan menegaskan bahawa Angkatan Tentera Ukraine tidak melakukan apa-apa tindakan untuk menyerang sasaran di udara.

“Kami akan membawa mereka yang bertanggungjawab atas tragedi itu ke muka pengadilan," katanya dalam laman web rasminya.

Laman web itu menyebut tragedi tersebut merupakan insiden ketiga selepas pesawat Angkatan Tentera Ukraine jenis AN-26 dan SU-25 ditembak jatuh di wilayah Rusia.

Di MOSCOW, Presiden Rusia, Vladimir Putin menyalahkan Ukraine berhubung tragedi pesawat MH17 dan menegaskan tragedi itu tidak akan berlaku jika perjanjian damai berjaya dicapai di wilayah bergolak berkenaan.

Portal berita Mail Online melaporkan, kejadian itu boleh dielakkan jika perdamaian dicapai di sana dan tiada tindakan ketenteraan diperbaharui di timur Ukraine.

“Sudah pasti, negara di mana berlakunya tragedi itu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku,’’ katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan kumpulan pemberontak pro-Rusia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17.

- Reuters/Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.