saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/07/2014

Malaysia akan bekerjasama

Najib Tun Razak bercakap dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin menerusi telefon sewaktu menghadiri majlis berbuka puasa bersama pengamal media di Masjid Muhammadi Angkasapuri, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak (kanan), Pengarang Urusan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zulkifli Salleh.

SEPANG 18 Julai - Kerajaan akan bekerjasama dengan beberapa negara untuk menubuhkan sebuah pasukan siasatan khas berhubung insiden yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau telah dihubungi oleh beberapa pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang menyatakan kesediaan untuk membantu dalam menjalankan siasatan itu.

Beliau berkata, persetujuan juga telah dicapai agar siasatan yang dijalankan tidak mendapat sebarang halangan daripada mana-mana pihak.

“Pasukan khas tersebut juga perlu mempunyai kuasa penuh untuk memasuki kawasan pesawat itu terhempas dan tiada pihak dibenarkan memasuki kawasan tersebut untuk mengalihkan sebarang serpihan termasuklah kotak hitam.

“Hari ini merupakan hari tragis buat Malaysia yang mana telah menjadi tahun tragis buat negara ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Najib mengesahkan pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal terhempas di Ukraine.

Pesawat malang itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah malam waktu tempatan dan dijadualkan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi waktu Malaysia.

Sementara itu, Najib berkata, laluan pesawat Boeing 777-200 itu disahkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Tambahnya, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menyatakan ruang udara yang dilalui pesawat berkenaan tidak tertakluk kepada sebarang sekatan.

“MAS juga telah mengesahkan pesawat itu tidak membuat sebarang panggilan kecemasan," katanya.

Pada masa yang sama, beliau berkata, MAS kini dalam proses memaklumkan berita buruk itu kepada waris penumpang dan anak kapal serta segala bentuk keperluan turut disediakan.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan akan menghantar pesawat khas ke Kiev, Ukraine bagi membawa pasukan penyelamat khas dan bencana serta pasukan perubatan dalam masa terdekat.

Menurut laporan yang disediakan oleh Pusat Kawalan Trafik Udara Kiev, lokasi pesawat berkenaan terhempas di 48 darjah 7 minit dan 23 saat utara, serta 38 darjah 31 minit dan 33 saat timur.

“Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat berkenaan telah ditembak jatuh, bagaimanapun Malaysia masih tidak dapat menerima punca kejadian tersebut.

“Tetapi kita perlu dan mesti mencari dengan tepat punca serta apa yang telah berlaku terhadap pesawat berkenaan.

“Sekiranya benar pesawat itu didapati ditembak jatuh, Malaysia tidak akan teragak-agak membawa pesalah ke muka pengadilan," tegasnya.

Najib turut memaklumkan beliau telah berhubung dengan Presiden Ukraine bagi membincangkan mengenai kejadian tersebut dan Malaysia juga dijemput untuk menyertai pasukan siasatan yang ditubuhkan khas oleh negara itu.

“Presiden Ukraine juga menge sahkan kerajaan negara itu akan berunding dengan gerakan pemberontak yang berada di timur negara berkenaan yang menguasai wilayah tersebut," katanya.

Selain itu, beliau berkata, dalam memahami apa yang telah terjadi, doa rakyat negara ini sentiasa bersama dengan keluarga serta rakan-rakan penumpang.

“Saya tidak dapat membayangkan apa yang perlu mereka lalui pada waktu yang sukar ini.

“Penumpang dan anak kapal pesawat itu berasal dari pelbagai negara, tetapi pada hari ini kita semua bersatu dalam kesedihan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.