saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/07/2014

MH17 guna laluan ditetapkan ICAO

KUALA LUMPUR 18 Julai - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menolak dakwaan kononnya pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 tidak menggunakan laluan yang betul.

Beliau mengesahkan, terdapat beberapa pesawat lain milik Thai Airways dan dari Turkmenistan melalui laluan sama sebelum MH17, malah selepas itu sebuah lagi pesawat MAS, MH3 turut melalui laluan tersebut.

“Jadi, spekulasi mengatakan pesawat berkenaan tidak melalui laluan ditetapkan adalah tidak benar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2014 di Kem Perdana Su-ngai Besi di sini hari ini.

Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 298 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terhempas selepas ditembak menggunakan pelancar peluru berpandu dipercayai oleh kumpulan pemisah Ukraine, semalam.

Hishammuddin berkata, semua pihak terutama kepimpinan negara, pihak polis, kor perisikan, angkatan tentera dan semua agensi berkaitan perlu melihat situasi, landskap serta kedudukan Ukraine.

“Bagi saya, perkembangan ini tidak menimbulkan sebarang masalah dalam keselamatan negara, tetapi agak mengejutkan memandangkan insiden ini kita perlu melihat dari konteks perkembangan di Ukraine. Ini adalah sesuatu perkara yang tidak dijangka," ujarnya.

Beliau menambah, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang melihat perkembangan insiden berkenaan sebelum melakukan sebarang tindakan terutama melibatkan logistik.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga mengesahkan laluan yang digunakan MH17 telah disahkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan menjadi laluan utama kepada pesawat yang berdaftar di bawah Persatuan Penerbangan Asia Pasifik.

Menurut beliau, pihaknya juga tidak menerima sebarang arahan atau amaran daripada pihak berkuasa Ukraine bahawa laluan tersebut berbahaya untuk dilintasi.

“Laluan ini telah diluluskan oleh ICAO, malah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) turut mengesahkan bahawa ruang udara itu tidak dikenakan sebarang sekatan.

“Selain itu, laluan ini juga menjadi laluan utama kepada 15 daripada 16 syarikat penerbangan di bawah Persatuan Penerbangan Asia Pasifik, malah, syarikat penerbangan Eropah lain juga menggunakan laluan serta ruang udara sama," katanya dalam sidang akhbar di KLIA hari ini.

Tiong Lai berkata, MAS juga telah mengesahkan bahawa pesawat tersebut tidak mempunyai sebarang masalah pada sistem pelaporan dan komunikasi pesawat (ACARS) dan alat transponder sehingga menyebabkan pesawat itu terputus hubungan serta tidak boleh membuat panggilan kecemasan.

Menyentuh mengenai kotak hitam pesawat tersebut, beliau berkata, sehingga sekarang pihaknya masih belum mendapat maklumat rasmi mengenai penemuan itu seperti yang didakwa oleh satu kumpulan pemberontak Ukraine, Donetsk People’s Republic.

“Saya telah menghubungi Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman supaya memastikan kotak hitam ini selamat dan dijaga dengan baik selari dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi yang mahu seboleh-bolehnya kotak itu tidak disentuh," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.