saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/07/2014

Kapten Wan Amran sempat berbuka puasa di kampung

KUALA KANGSAR 18 Julai - Juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin, 50, sempat pulang ke kampung halamannya di Kampung Jias, Kota Lama Kiri di sini dan berbuka puasa bersama ahli keluarganya minggu lalu.

Menurut anak saudaranya, Suraya Dasuki, 29, bapa saudaranya itu pulang seorang diri.

Katanya, bapa saudaranya itu membawa pelbagai jenis kuih untuk dinikmati bersama selain diagihkan-agihkan kepada sanak saudara yang lain.

Beliau berkata, meskipun ayah dan ibunya telah lama meninggal dunia, Wan Amran yang merupakan anak ketujuh daripada 11 beradik selalu pulang ke kampung sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk menjenguk kakaknya, Wan Noraini, 60.

“Pakcik saya seorang yang kelakar dan pandai melawak. Kalau dia balik, pasti kami tidak kering gusi mendengar celotehnya.

“Namun, ketika kali terakhir balik minggu lalu, dia kami lihat banyak termenung. Namun kami tidak mengendahkan perubahan tersebut kerana mungkin dia ada masalah," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Suraya berkata, ketika ini juga semua ahli keluarga yang berada di kampung tersebut masih terkejut apabila mengetahui pesawat dikendalikan Wan Amran terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia menerusi televisyen tengah malam tadi.

Katanya, sebaik sahaja menerima berita tersebut, Wan Noraini telah pergi Ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai insiden itu daripada pihak terlibat.

“Dia seorang bapa saudara yang sentiasa mengambil berat hal-hal keluarga," katanya.

Suraya memberitahu, bapa dua anak itu pernah belajar di Sekolah Menengah Cliford di sini sebelum memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kulim dan seterusnya melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat (AS).

Seorang lagi anak saudara mangsa, Ahmad Zaki Rubian, 27, memberitahu, Wan Amran juga seorang yang peramah, murah hati dan amat rapat dengan ahli keluarganya.

“Saya kagum dengan keistimewaannya yang sentiasa bermurah hati dan mesra dengan sesiapa sahaja yang dikenalinya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.