saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/07/2014

IATA tolak kemungkinan syarikat penerbangan ambil risiko jimat minyak

KUALA LUMPUR 19 Julai - Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menafikan kemungkinan bahawa ada syarikat penerbangan yang sanggup mengambil risiko terhadap keselamatan penumpang, anak kapal dan pesawatnya semata-mata kerana ingin menjimatkan minyak.

Ketua Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Tony Tyler berkata, syarikat penerbangan terbabit bergantung kepada kerajaan serta pihak berkuasa kawalan trafik udara untuk menasihati ruang udara mana yang boleh dilalui dan membuat perancangan berdasarkan limitasi berkenaan.

"Pada ketika ini, apa yang penting ialah keselamatan merupakan perkara paling utama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 menggunakan laluan merentasi Ukraine yang sedang bergolak kerana laluan itu diisytiharkan selamat dan diluluskan oleh badan-badan penerbangan antarabangsa.

Tiong Lai berkata, MAS telahpun menggunakan laluan itu banyak kali selain 15 syarikat penerbangan di Asia Pasifik dan Eropah. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.