saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/07/2014

Hari pertama perintah berkurung terkawal, berjalan lancar

LAHAD DATU 20 Julai - Perintah berkurung yang dilaksanakan berkuat kuasa sejak petang semalam di enam buah daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dilaporkan berjalan lancar tanpa dicemari sebarang insiden tidak diingini.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Abd. Rashid Harun berkata, sepanjang penguatkuasaan bermula 6 petang semalam hingga 6 pagi ini, tiada tangkapan dibuat ke atas mana-mana kumpulan atau individu yang didapati menceroboh perairan negara.

"Setakat ini keadaan terkawal. Semua pihak terutama nelayan telah memberi kerjasama sepenuhnya dan kita berharap keadaan ini berterusan sehingga perintah berkurung ditarik balik.

"Saya menyeru semua pihak khususnya penduduk pesisir pantai dan nelayan di enam daerah ini supaya sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak polis bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga ke Jeti Tawau berkuat kuasa petang semalam hingga 2 Ogos ini.

Jalaluddin berkata, kawasan perintah berkurung bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121,270 batu nautika persegi.

Menurut beliau, mana-mana pihak yang melanggar peraturan perintah berkurung boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.