saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 22/07/2014

MH17: Kerajaan Rusia puji Malaysia bersikap berkecuali

KUALA LUMPUR 22 Julai - Kerajaan Rusia hari ini mengucapkan terima kasih dan memuji kerajaan Malaysia kerana bersikap berkecuali sementara menunggu sehingga selesai siasatan berhubung insiden pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh.

Duta Rusia di Malaysia, Lyudmila Vorobyeva berkata, ketika banyak negara saling menuding jari dan menyalahkan Rusia berikutan insiden berkenaan, Malaysia terus bersikap tidak memihak dan memberi tumpuan kepada keputusan akhir siasatan itu.

"Kami amat menghargai pendirian berkecuali kerajaan Malaysia, tidak menyalahkan sesiapa sebelum sebarang bukti nyata dapat dikemukakan hasil keputusan siasatan antarabangsa.

"Kami sangat menghargai, kami sangat berterima kasih kepada kerajaan Malaysia," katanya pada sidang akhbar di kedutaan itu di sini hari ini.

Penerbangan MH17 MAS sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.