saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/08/2014

Jenazah bapa Ahmad Zahid selamat dikebumikan

ZAHID Hamidi menyiram air mawar ke pusara bapanya di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh, Perak, semalam. - MINGGUAN/AIN SAFRE BIDIN

BAGAN DATOH 9 Ogos - Jenazah bapa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang meninggal dunia di Kuala Lumpur petang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat, dekat sini pada pukul 11 pagi ini.

[email protected] Ahmad Tarmizi Radin Abdul Fatah, 91, yang meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada pukul 5.25 petang semalam akibat komplikasi paru-paru dan buah pinggang, dikebumikan bersebelahan pusara isterinya, Tuminah Abdul Jalil yang meninggal dunia tiga tahun lepas.

Terdahulu, jenazah Allahyarham yang dibawa dari Kuala Lumpur tiba di Kampung Sungai Nipah Darat dekat sini pada pukul 2 pagi ini.

Jenazah kemudiannya disembahyangkan di Masjid Al Falah, Kampung Sungai Nipah Darat sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Antara orang kenamaan yang menziarahi jenazah termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Pengarah Jabatan Logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Zulkifli Abdullah; Ketua Polis negeri, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Sementara itu, anak keempat Allahyarham, Datuk Mohd. Lokman Hamidi, 54, berkata, beliau bersama adik serta seorang kakaknya berada di sisi bapa mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir semalam.

Katanya, bapanya mula dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan sejak sebulan lalu kerana terpaksa menjalani rawatan hemodialisis setiap hari akibat masalah buah pinggang.

"Sejak sebulan lalu, bapa tidak lagi boleh bercakap sehingga menghembuskan nafas terakhir semalam," katanya ketika di temui di sini hari ini.

Hamidi meninggalkan sembilan orang anak iaitu tujuh lelaki dan dua perempuan, 40 orang cucu dan 20 cicit.

Menurut Lokman, bapanya merupakan ikon bukan sahaja kepada mereka adik beradik, tetapi juga kepada penduduk di sekitar Bagan Datoh sebagai tempat rujukan jika ada masalah berkaitan hukum agama.

Menurutnya, bapanya amat menitikberatkan pendidikan agama kepada anak-anaknya dan gemar membeli dan membaca kitab-kitab agama.

"Sebelum meninggal, bapa sempat berpesan supaya anak cucunya mengikuti pengajian di sekolah tahfiz yang beliau asaskan di kampung ini.

"Kitab-kitab agama yang banyak dibeli oleh bapa akan menjadi pusaka buat kami supaya isi kandungannya disampaikan kepada semua adik beradik dan diamalkan," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.