saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/08/2014

Bersedia perangi anasir jahat - Hishammuddin

Hishammuddin Tun Hussein (belakang, kanan) menunjukkan isyarat 'keamanan' ketika bergambar bersama perwakilan puteri pada majlis perasmian Perwakilan UMNO Bahagian Titiwangsa 2014 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Johari Abdul Ghani. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Semua ahli UMNO yang merangkumi lebih tiga juta rakyat negara ini disaran merapatkan saf untuk me merangi anasir-anasir jahat yang dibawa melalui platform media sosial sejak kebelakangan ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, UMNO sebagai parti Melayu terbesar di negara ini perlu bergerak selaras dengan landskap politik semasa terutama apabila berhadapan dengan persekitaran yang lebih mencabar.

Jelasnya, UMNO telah terbukti mampu bertahan dalam segenap iklim politik dan diharapkan terus berevolusi menjadi parti yang terkuat pada masa depan.

"Kita tidak boleh biarkan anasir-anasir jahat yang menular dalam media sosial memecah belahkan saf kita semua. Sudah tiba masanya kita bersama membulatkan iltizam dalam meningkatkan sokongan rakyat kepada kita.

"Kita perlu berazam untuk memantapkan permuafakatan masing-masing dalam mendepani cabaran politik, sosial dan ekonomi yang bakal mendatang," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Titiwangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, UMNO telah mendepani pelbagai cabaran termasuk melibatkan pemilihan parti, perhimpunan Bersih, sentimen negatif dipromosikan pembangkang dan sebagainya.

Sementara itu di TAPAH, berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian itu, Hishammuddin meningatkan anggota UMNO supaya tidak sesekali terikut-ikut dengan rentak pihak tertentu yang cuba menanamkan kebencian dalam landskap politik negara.

Beliau bimbang, kesan yang berlaku ekoran terpengaruh dengan kebencian yang cuba ditanam itu boleh menghancurkan negara seperti dialami Mesir, Libya, Iraq dan Syria ketika ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan memberitahu, pemimpin UMNO sejak dari dulu lagi telah berhadapan dengan landskap berkenaan daripada pihak di sebelah sana sehingga pernah digelar firaun, penjaga babi, didakwa rasuah, menyalah gunakan kuasa, diktator dan nepotisme.

Walau bagaimanapun, beliau bersyukur kerana Allah SWT masih memberi kekuatan kepada ahli parti untuk terus melihat ke hadapan tanpa terikut-ikut dengan rentak kebencian.

"Kita cuba jawab segala tohmahan ini tetapi kadang kala ada dalam kalangan ahli parti tidak mampu bertahan sehingga terikut-ikut dengan perancangan pihak berkenaan. Ini yang berlaku terhadap parti-parti di luar negara seperti Golkar di Indonesia, LDP di Jepun dan Kongres di India.

"Bayangkan, pihak pembangkang yang selama ini menggelar pemimpin UMNO sebagai kafir, firaun, penjaga babi, tetapi sekarang tengok apa yang berlaku di Selangor. Mereka kata UMNO nepotisme, tetapi yang minta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi laluan itu isteri siapa?," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Tapah di Dewan Merdeka di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia, Masyarakat Sivil dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan serta Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian, Hishammuddin menekankan kepentingan setiap ahli parti memastikan apa yang diwarisi daripada pejuang terdahulu dipertahankan khususnya berkait dengan isu perkauman dan keagamaan yang boleh mengundang perpecahan.

"Ini bukanlah bertujuan menakut-nakutkan sesiapa tetapi sedang berlaku di seluruh dunia. Sekiranya kita tidak mampu menangani isu-isu berkenaan dalam masyarakat majmuk di Malaysia, maka kita bakal berhadapan dengan situasi yang banyak berlaku di negara-negara seperti saya sebutkan sebelum ini," jelas beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.