saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/08/2014

UiTM wujudkan Kursi Institusi Raja Melayu

BENTONG 18 Ogos - Kursi Institusi Raja-Raja Melayu yang akan diwujudkan tidak lama lagi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menjadi benteng terakhir bagi mempertahankan kedaulatan institusi itu.

Naib Canselor universiti itu, Prof. Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, kursi itu akan menjadi sebuah pusat penyelidikan ilmiah bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kedudukan institusi itu.

"Kini terdapat rakyat yang menggunakan akal fikiran secara logik menganggap golongan raja tidak lagi relevan.

"Justeru, kajian serta penyelidikan yang khusus mengenai raja-raja Melayu perlu dijalankan secara intelektual dan ilmiah bagi mempertahankan institusi itu, sekali gus memantapkannya," katanya semasa merasmikan bengkel pemikir penubuhan kursi itu di Genting Highlands dekat sini hari ini.

Bengkel tiga hari itu turut dihadiri oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad; Ahli Dewan Negara, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini; para ilmuwan serta pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM).

Bengkel dikendalikan bersama oleh UiTM dan Majlis

Perundingan Melayu (MPM).

Menurut Sahol Hamid, bagi melaksanakan tujuan penubuhan kursi itu, UiTM telah mengatur pelbagai program kenegaraan dan patriotisme.

Antaranya, kata beliau adalah mewujudkan mata pelajaran wajib mengenai institusi raja-raja untuk semua pelajar UiTM, latihan kepada pensyarah dan kakitangan serta menjadikan UiTM sebagai tempat rujukan latihan kepada guru-guru.

Menurut beliau, peranan institusi kesultanan di negara ini sudah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan selagi kerajaan Malaysia tidak beralih sebagai republik, institusi raja-raja akan terus wujud di negara ini.

"Kami di UiTM merasakan institusi itu perlu dipertahankan dan diperkasakan. Kursi ini sangat penting bukan sahaja untuk bangsa Melayu dan Malaysia bahkan untuk agama Islam," katanya.

Antara objektif utama penubuhan kursi itu adalah memberi kesedaran dan kefahaman yang tepat kepada masyarakat, bertindak sebagai pusat rujukan Kesultanan Melayu; menjelaskan mengenai wasiat raja-raja Melayu yang menjadi nadi kepada roh semangat Melayu dalam jiwa masyarakat serta menjelaskan peranan raja-raja Melayu yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kepentingan dan kedudukan orang Melayu tanpa mengabaikan kedudukan dan kepentingan kaum-kaum lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.