saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/08/2014

MRA, Utusan bekerjasama lancar tabung untuk Palestin

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Penderitaan rakyat Palestin yang berterusan dianiayai rejim Zionis terus mendapat pembelaan, kali ini dengan penubuhan Tabung Kemanusiaan Palestin Utusan-MRA yang dilancarkan hari ini.

Menurut Pengarah Bantuan Kecemasan Malaysia Relief Agency (MRA), Khairil Annuar Khalid, tabung tersebut merupakan kerjasama sulung pertubuhan itu dengan Utusan Malaysia.

Beliau menjelaskan, tabung berkenaan antara lain menyasarkan bantuan kewangan yang bakal dikumpul untuk membiayai bantuan perubatan, keperluan asas domestik, dapur umum serta usaha menyediakan bekalan air bersih kepada lebih 520,000 penduduk Palestin.

"Keadaan di Palestin akan lebih meruncing kerana negara itu akan menghadapi musim sejuk dalam masa dua bulan lagi.

"Ini menjadikan bantuan seperti yang kami rancang untuk sampaikan ini lebih penting," jelas beliau dalam sidang akhbar yang diadakan sempena pelancaran tabung berkenaan.

Pengarah Utusan Kumpulan Utusan, Noordin Abbas dalam sidang akhbar yang sama pula memaklumkan, Utusan Malaysia, dalam kerjasama ini akan menumpukan kepada usaha untuk menyampaikan maklumat mengenai tabung ini.

Dalam masa sama, beliau juga menjamin akhbar ini akan turut juga menyampaikan maklumat sebenar yang diperoleh daripada MRA mengenai keadaan di Palestin.

"Orang ramai perlu mengetahui penderitaan yang dialami Palestin agar dapat berterusan memberikan apa sahaja bantuan bagi meringankan beban mereka," katanya.

Tabung ini turut berjaya mengumpulkan sejumlah RM26,000 pada hari pelancarannya hari ini yang disumbangkan oleh Konsortium Hospital Islam Malaysia (RM15,000) dan Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baharu (RM11,000).

Pihak yang mahu menderma boleh berbuat demikian dengan memasukkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 5640 9820 6365 atas nama Malaysia Relief Agency.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Sekretariat MRA di talian 03 9820 4672/013 337 1672 atau melayari laman web www.mra.my atau lawati laman Facebook Malaysian Relief Agency (MRA). - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:25
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.