saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/08/2014

Saya akan pujuk Datuk Azhar terus bekhidmat - Haris Fadzilah

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Pengarah Pihak-Pihak Berkepentingan dan Pengurusan Tanah, Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.), Haris Fadzilah Hassan akan memujuk Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp., Datuk Azhar Abdul Hamid untuk tidak meletak jawatan.

Menurut beliau, insiden yang berlaku membabitkan MRT Corp. ketika ini bukanlah kesalahan mereka semata-mata kerana ia membabitkan para pekerja subkontraktor, Syarikat Muhibbah Perniagaan dan Pembinaan Sdn. Bhd.

"Bagi kami di MRT Corp. pelbagai aspek dan standard keselamatan sudah diberikan kepada subkontraktor untuk mereka patuhi dan insiden ini kami dapati mereka gagal mematuhi standard yang kita mahukan.

"Apapun, siasatan lanjut sedang dijalankan dan saya amat berharap Datuk Azhar menarik balik hasrat untuk meletak jawatan dan meneruskan khidmat beliau bersama kami," katanya.

Nama Haris Fadzilah disebut untuk memangku tugas Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp. menggantikan Azhar yang berhasrat meletakkan jawatan ekoran insiden yang mengorbankan tiga pekerja warga Bangladesh malam semalam. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.