saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/08/2014

Khalid Samad diludah, dilempar kata-kata kesat oleh sekumpulan lelaki

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad diludah, disembur air, dilemparkan kata-kata kesat dan cuba ditampar oleh sekumpulan lelaki selepas beliau selesai membayar jaminan berkaitan kesnya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Dalam kejadian 1 tengah hari itu, Khalid bersama rakan-rakannya baru keluar dari Kaunter Jamin di aras B1 menuju ke lobi pintu utama untuk ke tempat letak kereta.

Seorang saksi awam yang enggan dikenali berkata, seorang lelaki dan sekumpulan rakannya yang dipercayai sudah lama menunggu di lobi berkenaan dilihat menghampiri Khalid sebelum menyembur air daripada mulutnya dan cuba menampar anggota Parlimen itu.

Kejadian tidak diduga itu menyebabkan Khalid terkejut dan menepis dengan tangan bagi mengelak daripada ditampar.

Saksi itu berkata rakan Khalid kemudian menghalang tindakan lelaki itu namun dia dilihat masih mengekori anggota Jawatankuasa PAS Pusat berkenaan sehingga ke tempat letak kereta.

Kumpulan lelaki itu juga dikatakan menjerit, ``Kamu ingat Selangor ini kamu punya ke?'' ke arah Khalid.

Mereka meninggalkan tempat kejadian selepas Khalid beredar.

Khalid hari ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor, Jun lepas.

Khalid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun berkata tiada kecederaan fizikal berlaku.

Ahli politik itu berkata beliau akan merujuk kepada peguamnya sebelum mengambil sebarang tindakan, susulan kejadian itu. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.