saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 31/08/2014

Tindakan mencabar disifatkan pertikai kuasa PDRM

KOTA TINGGI 30 Ogos - Cabaran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang dianggap seolah-olah mempertikaikan kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertanggungjawab dalam soal keselamatan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Guan Eng sebagai pemimpin negeri tidak boleh bersikap sedemikian kerana pintu rundingan sentiasa terbuka antara beliau dengan pihak polis.

"Khalid (Ketua Polis Negara) berhak mengeluarkan amaran kerana amanahnya untuk menjaga keselamatan awam mengatasi kepentingan individu, selain jalan terbaik bagi isu ini adalah dengan membubarkan pasukan berkenaan yang sebelum ini dikaitkan dengan ahli kongsi gelap.

"Saya tidak fikir beliau (Guan Eng) juga suka apabila dicabar oleh pihak lain dan dalam hal ini Pendaftar Pertubuhan (ROS) sudah melihat dalam beberapa klausa Akta Pertubuhan 1966 didapati memang PPS tidak berdaftar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tenggara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan yang akan dikenakan terhadap PPS dan Guan Eng yang mencabar PDRM khususnya Khalid supaya mengambil tindakan terhadap pertubuhan haram tersebut.

Menurut Ahmad Zahid, kuasa untuk mewujudkan keselamatan itu adalah tanggungjawab pihak polis walaupun beberapa kekangan dihadapi pihak berkuasa tersebut.

Kata beliau, maklumat daripada ROS itu menunjukkan bahawa penubuhan PPS adalah tidak sah dan kementerian dimaklumkan bahawa pihak PDRM tidak diajak untuk berunding.

"Saya berpendapat kenyataan Ketua Polis Negara itu bukan hanya sebagai satu amaran tetapi tindakan akan dilakukan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.