saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 31/08/2014

PPS: Guan Eng minta KPN 'fikir masak-masak'

PULAU PINANG 30 Ogos - Dalam keberanian yang boleh disifatkan sebagai 'luar biasa', Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi amaran kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya berfikir semasak-masaknya sebelum mengambil tindakan terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri ini.

Malah, Guan Eng turut mengingatkan sebarang tindakan menahan anggota PPS hanya akan 'memalukan' Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana seluruh dunia melihat polis menahan pihak yang kononnya menjaga keselamatan awam.

Menurutnya, 'adalah sesuatu yang bodoh' juga untuk PPS yang ahlinya kini berjumlah 9,002 orang dibubarkan hanya kerana terdapat anggotanya terlibat dengan keganasan.

Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan sama ada pasukan polis juga wajar dibubarkan memandangkan terdapat dalam kalangan anggotanya melakukan kesalahan jenayah selain berdepan isu tahanan yang mati ketika dalam tahanan polis.

"Jangan ingat kerana anda Ketua Polis Negara, anda tekan kita dan kita akan akur. Anda cakap itu undang-undang, itulah undang-undang. Ini kita tidak boleh diterima. Jangan diperalatkan untuk tujuan politik," katanya.

Beliau berucap dalam perjumpaan tergempar bersama kira-kira 100 ahli PPS di sini hari ini.

Semalam, Khalid menyifatkan PPS terpesong daripada tujuan asal penubuhannya dan perkara itu menjadi antara sebab mengapa polis kini mula mengambil tindakan terhadap pertubuhan tersebut.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata, Kerajaan DAP Pulau Pinang juga menyediakan perkhidmatan guaman kepada ahli PPS yang ditahan kerana menjalankan aktiviti mereka.

Menurutnya, selain melantik peguam, kerajaan negeri juga akan menyalurkan bantuan kewangan untuk menyara kehidupan anggota PPS dan ahli keluarga mereka yang terjejas kerana ditahan polis.

"Kita ada barisan peguam seperti Rayer (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Delima) dan Ramkarpal (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) yang bersiap sedia untuk membela anggota PPS yang ditahan ini.

"Mereka akan mencari pasukan peguam dan peruntukan untuk itu akan dikeluarkan kerajaan negeri," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.