saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 31/08/2014

Samakan JKKK, PPS tidak masuk akal

PULAU PINANG 30 Ogos - Tindakan kerajaan DAP negeri ini menyamakan penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, ia tidak patut disamakan kerana JKKK bukan sebuah badan beruniform serta tidak terlibat dalam kerja-kerja mengawal keselamatan.

Malah, tambahnya, JKKK juga tidak melibatkan pemakaian pangkat ala tentera seperti yang berlaku dalam penubuhan PPS, selain JKKK ketika ini turut ditubuhkan di bawah kerajaan negeri.

"Penubuhan PPS oleh kerajaan negeri atas alasan untuk membantu pihak polis membanteras jenayah juga tidak masuk akal kerana sudah ada Skim Rondaan Sukarela Rukun Tetangga yang juga menjalankan kegiatan rondaan di kawasan perumahan.

"Adalah jelas penubuhan PPS bermotifkan politik kerana anggota-anggotanya yang memakai uniform turut terlibat dalam kegiatan-kegiatan parti DAP seperti memasang bendera parti dan berkempen untuk DAP semasa pilihan raya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan PPS terpesong daripada tujuan asal penubuhannya dan perkara itu menjadi antara sebab mengapa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula mengambil tindakan terhadap pertubuhan tersebut.

Katanya, pertubuhan itu mula terpesong dan ahlinya dikesan berkelakuan melebihi daripada apa yang sepatutnya.

Bagaimanapun, Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan mempertikaikan penubuhan tidak berdaftar tersebut.

Dalam pada itu, Zainal Abidin turut mendesak kerajaan negeri akur dengan arahan polis supaya PPS menghentikan serta-merta aktiviti mereka.

Menurut beliau, keengganan memberikan kerjasama kepada pihak polis membuktikan keangkuhan melampau pimpinan kerajaan DAP Pulau Pinang mempertahankan sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Kita juga mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Guan Eng yang seolah-olah dengan angkuh mencabar Ketua Polis Negara sekiranya berani mengambil tindakan terhadap PPS," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan kenyataan Guan Eng yang mencabar Khalid seperti sikap seorang 'samseng jalanan.'

"Kenyataan itu juga seolah-olah memberi isyarat beliau sudah tidak mempunyai keyakinan terhadap pasukan polis dan memberi gambaran kononnya kadar jenayah di negeri ini adalah tinggi," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas di sini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.