saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 31/08/2014

Kenyataan Guan Eng boleh cetus ketegangan

PULAU PINANG 30 Ogos - Kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak mempertikaikan penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) boleh mencetuskan ketegangan.

Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri, Mohd. Rizuad Mohd. Aizudin berkata, kenyataan Guan Eng itu juga menyerlahkan lagi keangkuhannya selain tidak menghormati institusi keselamatan negara.

Mohd. Rizuad berkata, PPS sudah terbukti merupakan pertubuhan haram yang bernaung di bawah kerajaan negeri kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), sekali gus perlu dibubarkan segera.

"Walaupun disahkan tidak berdaftar, namun Guan Eng masih lagi mahu mempertahankan PPS.

"Tindakan ini jelas menunjukkan dia tidak menghormati undang-undang negara dan boleh disifatkan seolah-olah cuba menghasut semua ahli PPS untuk tidak mempedulikan arahan Ketua Polis Negara," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, di sini hari ini.

Turut membuat laporan polis ialah empat Ahli Jawatankuasa Perkasa daerah Barat Daya dan seorang orang awam.

Dalam laporan itu, mereka menggesa polis mengambil tindakan terhadap Guan Eng yang didakwa menghasut ahli PPS supaya membenci pasukan polis.

Mereka turut mendakwa tindakan Guan Eng itu mencabar kredibiliti Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pasukan polis.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.