saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 31/08/2014

Khalid tidak perlu serbu rumah, cari Exco-exco kerajaan negeri - Guan Eng

PULAU PINANG 31 Ogos - Ketua Menteri, Lim Guan Eng menegaskan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak perlu menyerbu kediaman pihak bertanggungjawab di sebalik penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sebaliknya `mencari' Exco-exco kerajaan negeri termasuk beliau sendiri sebagai Ketua Menteri.

Menurut beliau, perkara itu memandangkan penubuhan PPS adalah di bawah kuasa kerajaan negeri serta mendapat kelulusan kesemua Exco kerajaan negeri.

``Saya rasa ancaman dan ugutan sedemikian tidak seharusnya datang daripada mulut KPN.

``Kalau mahu mencari siapa yang bertanggungjawab di sebalik penubuhan PPS, kamilah iaitu Exco-exco kerana PPS ditubuhkan melalui majlis mesyuarat kerajaan negeri,'' katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika hadir memberi sokongan kepada seramai 154 anggota PPS yang ditahan termasuk tujuh wanita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.