saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 05/09/2014

PPS: Seorang lagi wakil rakyat DAP ditahan bantu siasatan

Ng Wei Aik

PULAU PINANG 4 Sept. - Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik ditahan ketika hadir memberi keterangan berhubung kes penangkapan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Ahad lalu, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini kira-kira pukul 1.30 petang ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan penahanan Wei Aik yang juga Ketua Pemuda DAP negeri bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

Sebelum ini, seramai 157 anggota PPS termasuk Pengerusinya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N. Rayer ditahan pada Ahad serta Isnin lalu.

Bagaimanapun semua yang ditahan itu dibebaskan dengan jaminan polis secara berperingkat-peringkat.

Dalam perkembangan lain, Mior Faridalatrash memberitahu, pihaknya akan memanggil Boon Poh dan wartawan Malaysiakini, Susan Loone bagi memberi keterangan berhubung artikel 'Disoal siasat empat jam, dakwa dilayan seperti penjenayah' yang diterbitkan portal propembangkang itu pada Isnin lalu.

"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan," katanya.

Pada Isnin lalu, sekumpulan ahli dari Majlis Gabungan Perwakilan Melayu Pulau Pinang (M-Pem) membuat laporan polis berhubung artikel yang ditulis Susan itu kerana disifatkan berbau fitnah selain seolah-olah cuba memburukkan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam artikel itu, Boon Poh seperti dipetik mendakwa dilayan seolah-olah seperti 'penjenayah' ketika ditahan bagi memberi keterangan berhubung penahanan anggota PPS.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.