saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/09/2014

13 telefilem penghargaan P. Ramlee

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Sebanyak 13 buah telefilem dipilih untuk bersaing bagi merebut trofi Filem Terbaik Anugerah Tribute P. Ramlee 2015 (ATPR2015) yang akan berlangsung pada awal tahun hadapan.

Memasuki edisi kedua penganjurannya, ATPR2015 adalah acara utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Utusan Malaysia selaku akhbar rasmi, bakal menayangkan telefilem-telefilem tersebut bermula 21 September ini di TV1, setiap Sabtu pukul 10 malam.

Selaku penganjur dan pemilik Suhan Movies & Trading, Datuk Rosyam Nor berkata, matlamat penganjuran adalah bagi menghargai jasa dan bakti Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

"Barisan telefilem yang dihasilkan adalah berdasarkan lagu-lagu popular nyanyian Allahyarham seperti Nak Kahwin Lagi, Jeritan Batinku, Apa Guna Berjanji serta 10 lagi judul lain.

"Ia diarahkan oleh 13 pengarah ternama yang mempunyai kekuatan masing-masing dalam karier pengarahan mereka seperti Amie Maziah, Bade Haji Azmi, Michael Ang, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Azma Aizal Yusoff dan ramai lagi.

"Para pelakon juga dipilih daripada aktor dan aktres berwibawa yang diakui kehebatan mereka menerusi beberapa pengiktirafan dari dalam dan luar negara seperti Zizan Nin, Zul Huzaimy, Linda Rafar, Sharifah Shahora, Elly Mazlein dan lain-lain," katanya ketika ditemui pada Konsert Tribute P. Ramlee di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini malam ini.

Yang hadir sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi; Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Tan Sri Mohamad Aziz serta jemputan kenamaan yang lain.

Tambah Rosyam, acara dua tahun sekali itu diharap dapat mengangkat martabat drama Melayu ke satu tahap berprestij dengan kualitinya tersendiri termasuklah objektifnya untuk penjenamaan semula TV1 amnya.

Justeru, katanya di samping matlamat serta objektif tersebut, penganjuran anugerah itu juga memberi peluang kepada penulis skrip, pengarah, pelakon atau pengkarya lain dalam bidang seni mencurahkan kreativiti mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:09
Zohor 1:29
Asar 4:45
Maghrib 7:29
Isyak 8:39



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.