saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/09/2014

Soalan UPSR bocor memalukan

Muhyiddin Yassin berbual dengan para penerima Anugerah KPPK dan guru-guru ketika hadir merasmikan Persidangan Perwakilan Tritahunan KPPK Ke-20 di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort, Pahang, semalam. - utusan/Kamal Basir Wahab

GENTING HIGHLANDS 15 Sept. - Isu kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini yang berlaku ketika sistem pendidikan negara diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia adalah sesuatu yang memalukan, tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, kejadian itu sama sekali tidak boleh diterima walau apa pun alasan kerana perkara tersebut boleh dielak jika semua pihak khususnya para guru, Lembaga Peperiksaan dan ibu bapa masing-masing jujur serta ikhlas.

"Memang (kebocoran soalan) sesuatu yang boleh saya katakan amat memalukan. Bagaimana hal ini masih berlaku selepas sekian lama kita berjaya mewujudkan sebuah kementerian dan sistem pendidikan yang dikatakan antara terbaik di dunia," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan meluahkan rasa kecewanya yang teramat sangat itu semasa berucap merasmikan Persidangan Tritahunan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) di Awana Genting Highland di sini hari ini. Yang turut hadir Presiden KPPK, Hashim Adnan.

Menyentuh mengenai mesyuarat khas mengenai isu kebocoran kertas soalan UPSR di Putrajaya yang dipengerusikan beliau sendiri pagi ini, Timbalan Perdana Menteri berkata, segala perincian termasuk hasil mesyuarat akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

Katanya, beberapa langkah dan inisiatif bagi memperkukuhkan kembali sistem peperiksaan awam di negara ini serta bagaimana memastikan integriti Lembaga Peperiksaan kembali diyakini oleh rakyat telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan secepat mungkin.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin menyambut baik saranan KPPK agar budaya baharu diwujudkan dalam kalangan masyarakat, warga pendidik serta kakitangan kementerian bagi memastikan mereka tidak tertekan dengan sistem peperiksaan awam.

"Saya juga mengucapkan terima kasih di atas sokongan KPPK terhadap saya dalam usaha menangani pelbagai isu dan masalah berhubung kait dengan kementerian serta pendidikan khususnya isu terkini melibatkan kebocoran soalan UPSR," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, peningkatan kualiti pendidikan di sekolah sebagaimana disasarkan kerajaan bagi melahirkan modal insan bermutu bergantung kepada ketrampilan, nilai-nilai profesional, moral dan integriti tinggi yang dimiliki para guru.

Sehubungan itu jelas beliau, golongan pendidik perlu sentiasa membuat refleksi mengenai kekuatan serta kelemahan diri, mengkaji sebarang perubahan dan bagaimana untuk memenuhi kehendak masyarakat terutamanya dalam era globalisasi sekarang ini.

"Sebab itu guru harus mencabar keupayaan diri sendiri dengan berusaha meningkatkan kompetensi dalam soal kemahiran, ilmu dan sikap bagi menghadapi persekitaran dan keupayaan murid-murid itu sendiri," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.