saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/09/2014

Pengalaman ngeri terperangkap banjir

SERAMAI 16 rakyat Malaysia yang terperangkap dalam banjir di Jammu dan Kashmir, India bersorak gembira selepas selamat tiba di KLIA, semalam. - UTUSAN/RASHID MAHFOF

SEPANG 15 Sept. - Ngeri dan menakutkan, itulah reaksi sekumpulan rakyat Malaysia yang terkandas dalam banjir di Jammu dan Kashmir, India, sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.40 pagi ini.

Kesemua 16 rakyat Malaysia yang terperangkap dalam banjir itu men- yertai rombongan pengantin perempuan, Farina Elaina Abdul Hanif, 25, untuk bertandang ke rumah pengantin lelaki, Qazi Mamoon Ashraf, 25, di Kashmir.

Ibu pengantin perempuan, Datin Norzam Aini Hamzah, 59, berkata, majlis perkahwinan anaknya itu berlangsung pada 5 September iaitu sehari sebelum banjir melanda negeri terbabit.

Beliau berkata, semasa di India, mereka menetap di Hotel Welcome di Jammu dan terperangkap selama sembilan hari.

"Kami mula terperangkap pada 6 September selepas air naik secara mendadak sehingga menyebabkan kami semua terpaksa menyelamatkan diri dengan berada di bumbung hotel sebelum diselamatkan oleh masyarakat setempat.

"Selepas itu, kami terpaksa meredah air banjir sebelum dibawa ke kawasan tinggi, kami juga terpaksa berebut-rebut untuk menaiki sampan dan juga trak, ini adalah pengalaman ngeri yang tidak akan saya lupakan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Norzam Aini, beliau amat berterima kasih kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di India yang bertindak pantas sebaik sahaja mengetahui lokasi terkini mangsa terperangkap dalam bencana berkenaan.

Sementara itu, adik pengantin perempuan, Farisha Elaina, 23, berkata, beliau dan ahli keluarga memikirkan pelbagai cara untuk menarik perhatian penyelamat termasuk menulis perkataan Malaysia di atas tuala menggunakan sos cili selain menggantung baju yang mempunyai corak bendera Malaysia.

Farisha Elaina mengibaratkan nyawanya ketika itu bagai telur di hujung tanduk kerana terpaksa berdepan situasi yang menakutkan selain perlu bertarung nyawa meredah banjir.

"Keadaan menjadi lebih sukar kerana tempat penginapan kami terletak berhadapan sebuah empangan yang dinamakan Tasik Dal.

"Hujan lebat dengan tekanan air tinggi menyebabkan empangan berkenaan pecah dan paras air naik mendadak sehingga ke paras bumbung hotel setinggi empat tingkat dalam masa hanya 24 jam.

"Semangat untuk terus hidup menyebabkan kami bertekad melakukan pelbagai cara, termasuk me- minta pertolongan penduduk tempatan untuk membawa kami menaiki sampan ke tempat lebih selamat supaya dapat menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia bagi melaporkan kedudukan kami," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Syafiq Mohd. Ariffin, 26, yang merupakan kenalan pengantin perempuan berkata, pengalaman berada bersama 10,000 mangsa banjir di Jammu itu akan menjadi ingatan sepanjang hayatnya.

"Kami terpaksa berpindah daripada satu tempat ke tempat yang lain kerana perlu mencari bekalan air bersih dan makanan, sepanjang sembilan hari terperangkap kami hanya mengharapkan belas ihsan penduduk di sana.

"Sepanjang tempoh itu, kami hanya memakan nasi dengan kuah kacang dal, kami tidak menyangka perkara ini akan berlaku kerana sebelum kejadian tiada sebarang amaran dikeluarkan malah keluarga pengantin lelaki juga tidak memaklumkan apa-apa kecuali menyatakan suhu di sana agak sejuk," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.