saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/09/2014

Kuala Nerus daerah kelapan

Najib Tun Razak diberi penerangan mengenai reka bentuk Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) oleh Pengarah Pusat Pembangunan Hospital Universiti, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif (tiga dari kanan) selepas merasmikan majlis pecah tanah hospital itu di Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman (tiga dari kiri) dan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh (dua dari kanan). - BERNAMA

KUALA TERENGGANU 18 Sept. - Terengganu melalui satu lagi detik bersejarah dengan pengumuman Kuala Nerus sebagai satu daerah baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memenuhi harapan negeri dan rakyat sekian lama.

Menurut Najib, kerajaan berpendapat memang sudah sampai masanya mukim itu menjadi daerah kelapan bagi negeri ini sejajar dengan kepesatan pembangunan setempat, keluasan kawasan dan kepadatan penduduk.

Beliau membuat pengumuman yang dinanti-nantikan itu semasa berucap menyempurnakan majlis Pecah Tanah Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini hari ini.

Katanya, pengumuman itu tentunya menjadikan hari ini istimewa dan bersejarah bagi rakyat negeri itu, khususnya di Kuala Nerus kerana bakal turut mendapat manfaat yang cukup besar daripada pelbagai kemudahan yang disediakan.

"Saya ingin umumkan bahawa kerajaan telah menaik taraf Kuala Nerus sebagai sebuah daerah baharu, yang kelapan bagi negeri ini. Ini pengumuman bersejarah. Penduduk Kuala Nerus bukan sahaja mendapat hospital tetapi juga daerah baharu.

"Ini hari yang istimewa kepada penduduk. Terima Kasih kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dengan wajah Terengganu baharunya, dengan perancangan yang membawa pembangunan dan kemajuan bagi negeri,'' ujarnya.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Yahaya Ibrahim.

Sementara itu, Ahmad Razif mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas pengumuman Kuala Nerus sebagai sebuah daerah yang besar maknanya bagi rakyat.

Ahmad Razif dalam satu kenyataan berkata, pengumuman daerah kelapan itu amat dinantikan oleh lebih daripada 200,000 penduduk di Kuala Nerus.

"Pembangunan pesat di Kuala Nerus membuktikan bahawa kawasan itu dan penduduknya layak berada dalam sebuah daerah baharu," katanya.

Cadangan untuk menjadikan mukim Kuala Nerus sebagai daerah yang baharu kedengaran sejak sedekad lalu dan beberapa tahun kebelakangan ini usaha ke arah pelaksanaannya digerakkan secara terancang.

Ia merupakan sebahagian daripada janji dalam Pilihan Raya Umum lalu dan kerajaan negeri sehingga kini telah menyediakan prasarana asas di tapak yang bakal dibangunkan sebagai pusat pentadbiran.

Daerah baharu ini difahamkan meliputi empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Tepoh, Batu Rakit, Bukit Tunggal dan Seberang Takir manakala Telok Pasu kekal dalam daerah Kuala Terengganu.

Kuala Nerus merupakan pintu masuk menerusi perjalanan udara ke negeri ini selain mempunyai dua universiti awam, sebuah pusat latihan kemahiran, institut perguruan, kompleks sukan negeri dan kawasan perindustrian.

Kerajaan negeri telah merangka pelan perancangan 10 tahun merangkumi sembilan konsep pembangunan dengan penerapan konsep moden dan bandar hijau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.