saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 30/09/2014

Peraturan baharu cermin gelap

MELAKA 29 Sept. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan peraturan baharu bagi penggunaan cermin gelap bermula 1 November ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, peraturan baharu itu menepati standard antarabangsa seperti yang telah digunakan oleh kebanyakan negara lain.

"Mengikut peraturan baharu ini, kadar ketelusan cahaya bagi cermin depan ialah 70 peratus, 50 peratus cermin sisi pemandu, 30 peratus cermin sisi penumpang belakang dan 30 peratus cermin belakang.

"Kadar ketelusan cahaya bagi cermin gelap sedia ada kini ialah 70 peratus cermin depan dan 50 peratus masing-masing bagi cermin sisi pemandu, cermin sisi penumpang belakang dan cermin belakang.

"Bezanya adalah cermin belakang dan sisi penumpang belakang yang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus kerana kita gunakan standard antarabangsa seperti yang telah dikuatkuasakan di negara-negara lain dan kita merasakan ia bersesuaian," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan sesi perjumpaan bersama 400 anggota penguat kuasa dan pemeriksa kereta motor peringkat zon selatan di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Menurut Ismail, pengecualian bagi penggunaan cermin gelap melebihi had yang dibenarkan hanya akan diberikan untuk jawatan-jawatan tertentu antaranya Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Yang Dipertua Negeri serta Ketua Menteri dan Menteri Besar.

Permohonan pengecualian katanya, akan turut diberikan kepada agensi-agensi dan jabatan tertentu yang menguatkuasakan peraturan serta undang-undang yang berisiko tinggi serta pengendali kes-kes jenayah antaranya kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Beliau berkata, kompaun maksimum RM300 akan dikenakan kepada pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan mengikut Kaedah-Kaedah Kenderaan Mo tor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

"Sekiranya kes dibawa ke mahkamah, denda RM500 atau penjara dua minggu akan dikenakan bagi kesalahan pertama manakala, denda RM1,000 atau penjara sebulan atau kedua-duanya sekali akan dikenakan bagi kesalahan seterusnya," katanya.

Sementara itu, kata Ismail, JPJ menyasarkan sebanyak 1.2 juta saman akan dikeluarkan menjelang akhir tahun ini.

Tambahnya, antara Januari hingga Ogos lalu, lebih 840,000 saman telah dikeluarkan oleh JPJ atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, dua cawangan baharu JPJ akan dibuka di Cameron Highland, Pahang dan Baling, Kedah tidak lama lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.