saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/10/2014

FTA Malaysia-EU perlu - Najib

NAJIB Tun Razak menyampaikan ucapannya pada penutupan Forum Perniagaan Asia-Eropah di Milan, Itali, semalam. - BERNAMA

MILAN 16 Okt. - Malaysia menyokong penuh usaha ke arah melaksanakan perdagangan bebas antara negara-negara di dunia dan mencadangkan agar kerjasama yang sama turut dijalankan antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia kini terlibat secara aktif dalam melaksanakan perjanjian kerjasama itu dengan beberapa negara, termasuk dengan negara-negara Kesatuan Perdagangan Bebas Eropah.

"Sehubungan itu, perbincangan mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan EU perlu diteruskan," katanya pada majlis penutup Forum Perniagaan Asia-Eropah (AEBF) di sini, hari ini.

Perbincangan mengenai FTA antara Malaysia dan EU telah bermula sejak 2010 tetapi sehingga kini tiada perkembangan terkini mengenai perkara tersebut.

Perdana Menteri yang tiba di sini semalam, kini dalam rangka lawatan tiga hari ke Milan bagi menghadiri Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (Asem) ke-10 di sini, yang bermula hari ini.

Najib berkata, Malaysia juga akan terus aktif dalam perbincangan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) yang diyakini mampu melonjakkan perdagangan dan seterusnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Katanya, dalam era ekonomi sekarang, negara-negara di rantau Asia dan Eropah saling memerlukan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan dan kestabilan kewangan.

"Sehubungan itu, kerjasama ekonomi yang mampu meningkatkan perdagangan dan pelaburan adalah sangat penting dilaksanakan untuk mencapai matlamat tersebut.

"Kita perlu mencari kaedah baharu bagi menggalakkan peluang perniagaan memasuki rantau masing-masing yang seterusnya mengeratkan kerjasama ekonomi dan memberi faedah kepada kedua-dua pihak," katanya.

Beliau berkata, ketika ini, syarikat-syarikat dari Asia semakin menunjukkan minat untuk melabur di rantau Eropah ketika syarikat-syarikat dari rantau itu telah sekian lama memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi di Asia.

"Sebagai contoh, syarikat-syarikat dari EU telah melabur lebih daripada AS$17 bilion (RM56.1 bilion) di Malaysia," kata Perdana Menteri. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.