DALAM NEGERI
ARKIB : 17/10/2014
Hapus halangan, tingkat dagangan Asia-Eropah
MILAN 16 Okt. - Asia dan Eropah perlu berusaha menghapuskan halangan dan memperbaiki kaedah-kaedah yang boleh mempertingkatkan sistem perdagangan antara pelbagai negara di kedua-dua rantau.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perdagangan antara kedua-dua rantau itu kini menjadi semakin penting dan dijangka mencecah nilai AS$1.8 trilion (RM5.94 trilion) tahun ini.
"Sehubungan itu, Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (Asem) kali ini perlu memainkan peranan mencipta persekitaran yang kondusif untuk mempertingkatkan perdagangan dan pelaburan, pertumbuhan serta pembangunan mapan," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian pada majlis perasmian Asem ke-10 di sini hari ini sebagai mewakili rantau Asia Tenggara kerana Malaysia merupakan penyelaras untuk negara-negara ASEAN.
Sidang dua hari Asem yang bermula hari ini itu menghimpunkan 53 negara dari dua benua dan merupakan forum untuk negara-negara dari Asia dan Eropah membincangkan mengenai isu-isu ekonomi semasa.
Najib berkata, Malaysia yang akan dilantik sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan juga telah memilih tema 'ASEAN berteraskan rakyat' dalam melaksanakan tanggungjawab sepanjang menjawat jawatan tersebut.
"Tema itu mewakili aspirasi kami untuk melaksanakan tadbir urus terbaik, standard kualiti kehidupan yang tinggi, pembangunan mapan, memperkasakan wanita dan membuka lebih banyak peluang kepada rakyat," katanya. - UTUSAN
Malaysia berhasrat duduki kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO
ASEAN bentuk pasaran bersepadu tahun depan
UNSC: Najib garis 5 keutamaan
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
Kerajaan Persekutuan tidak abaikan PBT
Kekalkan hubungan baik
Malaysia akan promosi prinsip kesederhanaan
UNSC: Amanah selesaikan kemelut ummah di seluruh dunia, tangkis Islamofobia
Negara galas tanggungjawab besar, berat di pentas global - Razali
Bangunan sekolah rosak teruk
Kanakkanak ditemui berkeliaran
Matlamat gerakan ISIS tidak jelas, wajar dijauhi
SOSMA tidak mampu kekang kumpulan militan IS
Kerajaan jangan tunduk
Tubuh Institut Minda Guam - SukaGuam
2 juta penerima BR1M tiada akaun
Menara Mara dicadang tapak jualan
Bahasa Melayu perlu mekanisme baharu
DBP-PBT jalin kerjasama baiki bahasa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












