saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/10/2014

Fokus pengurusan sumber manusia perlu diutamakan - Mohamad Zabidi

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Transformasi penjawat awam dan agensi kerajaan dalam pengurusan sumber manusia perlu diutamakan bagi melonjak Malaysia ke arah sebuah negara mapan seiring perkembangan kemajuan dan teknologi masa kini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, persekitaran sumber manusia yang dibelenggu kekangan merupakan salah satu cabaran pemimpin masa kini khususnya kepada perkhidmatan awam selaku tunggak utama pembangunan negara.

Beliau berkata, sudah tiba masanya pegawai dan kakitangan kerajaan didedahkan kepada ilmu pengurusan sumber manusia supaya perkhidmatan mereka setanding dengan negara maju yang lain.

"Menerusi forum ini, pegawai dan penjawat awam dapat memanfaatkan idea baharu mengenai kepemimpinan dalam era transformasi untuk pembangunan masa hadapan lebih mapan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Kepemimpinan dan Transformasi 2014 di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Bukit Kiara.

Program itu dihadiri lebih 800 peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan pelbagai agensi.

Yang turut hadir, Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Pengarah Intan, Datuk Dr. Mazlan Yusoff dan ahli panel khas, Prof. Dave Ulrich dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat.

Persidangan sehari itu turut mengetengahkan pameran transformasi kerajaan antaranya Komuniti Bergerak (Mobile CTC) dan karnival kerjaya serta pameran Nexus Digital selain program sepetang bersama Angkasawan kedua negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed.

Persidangan kali ketiga itu bertujuan meningkatkan tahap penyampaian serta kesan dan hasilnya kepada penjawat awam dan agensi kerajaan dalam perspektif yang lebih luas, selain mendedahkan mereka kepada corak kepimpinan terkini yang harus diaplikasikan dalam setiap organisasi.

Dalam pada itu, Mohamad Zabidi menyifatkan penganjuran persidangan tersebut selaras dengan program transformasi sektor awam yang fokus kepada pembangunan bakat sektor awam.

Katanya, perkongsian maklumat melalui persidangan itu dilihat dapat meningkatkan pencapaian sumber manusia penjawat awam dan agensi kerajaan seterusnya melonjak kemajuan Malaysia agar sebaris dengan negara luar.

"Kualiti penjawat awam dalam perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai sudah banyak peningkatan. Ia merupakan petunjuk baik bagi sebuah negara maju yang dapat menyediakan perkhidmatan begitu pantas dan mesra," katanya yang sentiasa memastikan usaha bagi terus meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Sementara itu, Mohamad Zabidi turut menggalakkan urusan perkhidmatan di setiap jabatan kerajaan disediakan menerusi dalam talian bagi mengurangkan 'pertemuan' antara penjawat awam dan orang ramai, sekali gus membantu membendung masalah rasuah daripada berleluasa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.