saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/10/2014

Menteri kesal PBT ambil ringan

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan kesal dengan sikap pihak tertentu yang tidak memartabatkan penggunaan bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa pengiklanan walaupun persetujuan telah dicapai pada 4 Mac lalu.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, berdasarkan audit yang dilakukan pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sebanyak 28.5 peratus daripada 3,096 papan iklan di Lembah Klang tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

"Saya mengambil maklum isu ini. Persetujuan (sebenarnya) telah dicapai pada Mesyuarat Majlis Negara bagi kerajaan tempatan bahawa semua 99 PBT perlu melaksana secara berperingkat-peringkat sistem Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (KPBDBP) bagi iklan di tempat awam.

"Pelaksanaan sistem berkenaan antara lain mewajibkan pemeriksaan penggunaan bahasa dalam iklan menerusi internet. Bagaimanapun, kajian mendapati sebahagian besar PBT masih belum menggunakan sistem tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar mengenai lambakan papan iklan yang bukan sahaja tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul tetapi bertindak menjadikan bahasa rojak sebagai iklan meskipun sudah ada garis panduan mengenainya.

Menurut Abdul Rahman, antara PBT yang telah diwajibkan melaksanakan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL); Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA); Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB); Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK); Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ); Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Katanya, menerusi arahan tersebut, PBT hendaklah memastikan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dan tepat pada papan iklan terutamanya penggunaan perkataan, susunan ayat serta ejaan.

"Pelaksanaan dan penguatkuasaan sistem pengesahan DBP di seluruh negara ini diharapkan dapat meningkatkan mutu penggunaan bahasa Melayu dalam papan iklan dan papan tanda di seluruh negara," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.