saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/10/2014

Mengagungkan bahasa asing punca kegagalan

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Sikap pemimpin dan rakyat yang terlalu mengagungkan bahasa asing merupakan punca utama bahasa kebangsaan gagal menjadi bahasa perpaduan di negara ini.

Ketua 1 Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar berkata, hasrat kerajaan yang mahu menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini hanya menjadi angan-angan sekiranya sikap tersebut tidak berubah.

Beliau yang juga Pengarah Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan dan menguasai bahasa asing khususnya bahasa Inggeris namun adalah memalukan apabila masyarakat langsung tidak fasih bahasa kebangsaan.

"Gapena setuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam namun tiada guna mengesali perkara tersebut sekarang jika barisan pemimpin sendiri masih gagal menggunakan bahasa Melayu dalam majlis-majlis rasmi.

"Kita memang mengamalkan budaya menghormati antara satu sama lain termasuk pelancong luar tetapi kita juga perlu tegas dalam penggunaan bahasa Melayu apabila bertutur dengan mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Muhyiddin semalam yang mengakui hasrat kerajaan untuk menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan masih belum benar-benar berjaya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan memberitahu, beliau mahu pembabitan semua warganegara dalam menjayakan Dasar Bahasa Kebangsaan ditingkatkan apatah lagi nilai bahasa kebangsaan begitu berbeza-beza kepada golongan tertentu.

Mengulas lanjut, Abdul Latiff berkata, sudah tiba masanya untuk semua penganjuran majlis rasmi kerajaan termasuk yang dihadiri Menteri Kabinet menggunakan fon telinga penterjemahan sekiranya tetamu yang hadir terdiri daripada delegasi antarabangsa.

Katanya, langkah tersebut telah lama diguna pakai di negara-negara maju seperti Jepun dan China, justeru tidak menjadi masalah untuk dilaksanakan di negara ini.

Sementara itu, Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Vincent Pang berkata, Malaysia perlu mencontohi semangat patriotik negara jiran, Indonesia dalam usaha memperkasakan bahasa ibunda mereka.

Katanya, penggunaan bahasa Melayu tidak boleh dijadikan sebagai bahasa akademik sekiranya kerajaan mahu menyatu padukan rakyat berbilang kaum di negara ini.

"Bagi pendapat saya, kita membuang masa jika bahasa Melayu hanya digunakan sebagai bahasa akademik di sekolah kerana murid-murid dan para pelajar akan menguasai bahasa tersebut untuk menjawab soalan peperiksaan semata-mata.

"Sepatutnya bahasa kebangsaan itu perlu dijadikan amalan bermula dari rumah iaitu ibu bapa bertutur bahasa Melayu dengan anak-anak sejak kecil dan seterusnya menjadi satu budaya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.