saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/10/2014

Penggunaan nama tempat tidak berciri kebangsaan semakin meluas

PENGGUNAAN bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia bercampur pada papan tanda seperti Beruang Hill, di Bukit Beruang Melaka tidak menepati usaha menjayakan Dasar Bahasa Kebangsaan. - UTUSAN/Azli Ahad

MELAKA 16 Okt. - Kebimbangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap penggunaan bahasa kebangsaan yang dianggap masih belum berjaya dilaksanakan sepenuhnya di negara ini sememangnya berasas.

Ini jelas dapat dilihat melalui penggunaan nama tidak berunsur kebangsaan yang semakin meluas di premis-premis termasuk taman-taman perumahan, gedung perniagaan, bangunan dan sebagainya di negeri ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar bandar raya ini mendapati, penggunaan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris di tempat berkenaan lebih dominan berbanding bahasa kebangsaan.

Bagi pemaju perumahan, penggunaan nama 'Heights', 'Avenue' dan 'Villa' menjadi pilihan utama yang dianggap moden bagi menarik pembeli.

Pelbagai nama taman perumahan juga dilihat tidak bercirikan kebangsaan muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan antaranya Mac Villa Air Leleh, Vista Kirana, Taman Muzaffar Heights, Taman Saujana Heights, Taman Leech Avenue, Eco Kasa Heights, Taman Ayer Keroh Heights dan banyak lagi.

Turut tidak ketinggalan tempat komersial dan tumpuan orang ramai seperti Melaka Planetarium Advanture Science Centre, Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka International Bowling Centre (MIBC), Pusat Pameran Auto City dan Plaza Melaka Sentral.

Penggunaan bahasa 'rojak' tidak terkecuali terutamanya bagi papan-papan tanda di gedung perniagaan dan kedai termasuk Pasar Mini Amer Trade and Supply, Pusat Air-Cond Cool Service, Rahman Brothers dan sebagainya.

Selain itu, sebahagian besar nama kedai didapati lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris bagi menarik pelanggan seperti Once Hair Studio, Always Interior Design, Home Smart Design Furniture Centre, Namaste Yoga House, Motaf Auto Trading dan banyak lagi.

Sementara itu, bagi nama jalan pula, kebanyakan jalan yang dahulunya menggunakan perkataan Inggeris kini telah diubah kepada ciri-ciri kebangsaan dan berunsur sejarah.

Antaranya adalah Jalan Bendahara yang dahulu dikenali sebagai Wolferstorn Road, Jalan Temenggung (Mill Egerton Road), Jalan Laksamana (River Side Road), Jalan Hang Jebat (First Cross Street), Jalan Gereja (Church Street), Jalan Hang Tuah (Buona Vista Road), Jalan Taman (Wisdom Drive) dan beberapa jalan lagi.

Nama Jonker Street juga telah diubah kepada Jalan Gelanggang, namun masih ramai memanggilnya dengan nama lama disebabkan lokasinya sebagai tempat tumpuan utama pelancong luar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.