saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/10/2014

Kraf tangan berasas daun getah

WAN Mohamad Zuki Mohamad (kanan) menyampaikan hadiah kepada johan Pertandingan Hevea Kreatif kategori hiasan kreatif, Mohd. Riduan Ahmad Mokhtar di Ibu Pejabat RISDA, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA) akan melaksanakan pelbagai usaha bagi merancakkan pembangunan industri kraftangan berasaskan daun getah yang mempunyai nilai komersial tinggi di pasaran.

Ketua Pengarah RISDA, Datuk Seri Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata, usaha tersebut merangkumi pelbagai inisiatif dalam mewujudkan platform dan bantuan keusahawanan kepada pekebun kecil dan sederhana yang berminat untuk menghasilkan produk kraftangan berdasarkan tumbuhan tersebut.

Katanya, dengan adanya inisiatif sedemikian, lebih banyak produk kraftangan berasaskan daun getah dapat dihasilkan dan pada masa yang sama menjana pendapatan individu serta negara.

"Produk kraf berasaskan daun getah mempunyai nilai komersial yang tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa namun usaha dalam mempergiatkan penghasilannya masih kurang.

"Oleh itu, dengan peruntukan sebanyak RM15 juta, RISDA akan melaksanakan bantuan dan khidmat latihan termasuk menyediakan lapan buah rumah kedai bagi menempatkan pengusaha-pengusaha dalam industri penghasilan produk berasaskan getah yang dijangka siap tahun hadapan," katanya dalam sidang akhbar Pertandingan Hevea Kreatif dan Penyampaian Hadiah bertempat di Bangunan RISDA, Jalan Ampang di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Datuk Mohd. Kamil Mohd. Ali; Dekan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Mustaffa Halabi Azahari; Ketua Pegawai Eksekutif RISDA Holdings Sdn. Bhd., Datuk Kamaruddin Mohamed Shah dan Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan RISDA, Mohamed Nazri Baharudin.

Pertandingan Hevea Kreatif merupakan penganjuran yang memberi peluang kepada para pereka amatur tempatan mempamerkan bakat dalam menghasilkan produk kraftangan berasaskan daun getah.

Terdapat tiga kategori yang telah dipertandingkan termasuk aksesori fesyen, pembungkusan kreatif dan hiasan kreatif.

Kategori aksesori kreatif dimenangi pensyarah di Malaysian Institute Of Art (MIA), Liew Yong Kian. Bagi kategori pembungkusan kreatif pula dimenangi oleh trio pengusaha kraftangan, Mohd. Hawari Saad, Mohd. Azhar Ismail dan Mohd. Yusof Abd. Rani manakala kategori hiasan kreatif dimenangi pensyarah di Institut Kraf Negara, Mohd. Ridhuan Ahmad.

Sementara itu Yong Kian berkata, dengan adanya pertandingan seperti itu, ramai bakat seni rekaan dan kraftangan dapat dicungkil khususnya yang bergiat aktif dalam menghasilkan produk kraftangan berasaskan daun getah.

"Ramai tidak tahu bahawa daun getah mempunyai nilai pasaran yang tinggi kerana sifatnya yang sesuai digunakan untuk menghasilkan produk kraftangan dan fesyen.

"Saya memilih untuk menghasilkan aksesori anting-anting, rantai dan hiasan baju dan selepas ini, saya akan terus menggunakan daun getah untuk projek fesyen akan datang," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.